1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat  
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar
 mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your 
biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai 
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi 
air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas 
berdoa.  
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  
7.
 Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi 
penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa 
dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.   
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu
 memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti 
membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat
 Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi 
tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, 
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan