Bagi guru yang bertanggungjawab membina dan menyusun jadual waktu kelas 
serta matapelajaran. Menjadi kerumitan serta masalah yang amat 
membebankan jika tugasan diberikan dan perlu disiapkan dengan seberapa 
segera. Mungkin pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun 
jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut 
mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu 
tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang 
sama. Itu adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta 
kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau jumlah guru yang sedikit dan 
pemhagian matapelajaran tidak adil. Tentu amat menyulitkan.
Namun,
 masalah ini boleh diatasi dan mungkin dapat memudahkan pembinaan jadual
 waktu dengan lebih terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc 
Time Tables ini. Perisian ini boleh digunakan dengan pelbagai bahasa 
termasuk bahasa Malaysia.
 Ini akan memudahkan penguna perisian ini memahami cara mengunakan 
perisian ini. Selain itu, bagi pengguna baru, tutorial juga ada 
disertakan dan tutorial ini akan mengajar anda menggunakan erisian ini 
dengan betul.
Kepada guru jadual waktu, janganlah teragak-agak mencuba perisian ini. Ianya boleh didapati di laman web berikut (klik)
 dan yang pastinya ianya adalah percuma. Cuma kalau mahu lebih dari 
perisian ini kenalah membeli perisian ini untuk mendapat versi 
lengkapnya. Tapi perisian yang versi percuma ini pun sudah cukup berguna
 bagi membina jadual waktu. Selamat mencuba..
 Membuat jadual waktu secara manual dengan menggunakan kertas manila kad dan kertas berwarna bagi setiap guru. memang sakit nak buat sampai berpinar-pinar mata..Hehehehe ... Kalau x caye try2 le wat jadual waktu ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan