Sistem Pengurusan Sekolah 1BestariNet (SPS) Sistem baru Kementerian Pendidikan yang dinaik taraf dimana sistem sebelum ini digabung demi memantapkan pengurusan sekolah secara online. Sps.1bestarinet.net Sistem Pengurusan Sekolah yang dikenali sebagai SPS mempunyai 4 Modul Teras yang utama. Pengisian modul-modul ini perlu diengkapkan setiap bulan dan Data SPS ini juga akan dipantau dari masa ke semasa. Informasi Sistem Pengurusan Sekolah Online. Berikut ialah 4 Modul Teras SPS yang perlu diberi perhatian
- Profil sekolah
- Kemudahan sekolah
- Pengurusan staf
- Pengurusan murid
Login Sistem Pengurusan Sekolah
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah 2014 SPS 1BestariNet 2014. Link Log In #SPS Sistem Pengurusan Sekolah sps.1bestarinet.net atau sps.moe.edu.my/cms/login.jsp atau sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp.
Sistem Pengurusan Sekolah KPM. Laman Sistem Pengurusan Sekolah https://sps.1bestarinet.net #SPS perlu dilaksanakan setiap bulan dan Maklumat juga perlu direkod pada setiap bulan mengikut jadual ditetapkan. Sebagai panduan, sila ke pautan Manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk muat-turun sebagai rujukan Cara menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah 1BestariNet dan panduan perlaksanaan SPS di sekolah.
Mengenai penggunaan Sistem Pembelajaran Maya 1BestariNet Frog VLE pula, sekolah perlu memastikan VLE Frog
di login setiap bulan dengan nisbah sekurang-kurangnya 30% guru, 30%
murid (30 minit seminggu) dan 30% penjaga. Sebagai panduan, rujuk Cara Login Yes Id Vle Frog 1Bestarinet KPM.
Manakala Pengemaskinian Kemudahan Sekolah iaitu Peralatan ICT dan Makmal Komputer sentiasa direkod setiap bulan. Kemaskini maklumat berkenaan dengan makmal komputer sekolah. Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah.
Data berkaitan dengan Peralatan ICT Sekolah dan Makmal Komputer yang
ada atau dikenal pasti rosak perlu segera direkodkan pada bulan semasa.
Berikut ialah Panduan Status Semasa Makmal Komputer Sekolah.
- Makmal Komputer - Hanya yang digazetkan sebagai Makmal Komputer tidak termasuk Makmal ICT yg lain seperti Makmal Multimedia, Makmal Alat Pandang Dengar dan sebagainya.
- Bilik Komputer - Menjadikan kelas sebagai Bilik Komputer
- Pusat Akses - Bukannya Bilik Akses
Download Panduan SPS Sistem Pengurusan Sekolah
Untuk Warga Sk Bandar Tawau dan juga Rakan Pendidik yang lainnya, disini ada beberapa Nota Sistem Pengurusan Sekolah sebagai panduan menggunakan SPS. Download Panduan SPS pautan berikut- Manual untuk mengedit nama murid jika berlaku kesilapan
- Manual Pengguna Sistem Pengurusan Sekolah
- Manual Cara Import APDM ke Sistem Pengurusan Sekolah
- Peranan Sistem Pengurusan Sekolah
- Perancangan Pelaksanaan Peluasan SPS
- Nota Penerangan tentang Sistem Pengurusan Sekolah
- Borang Aduan Helpdesk Sistem Pengurusan Sekolah
Sistem Pengurusan Sekolah 1BestariNet
Pengisian modul-modul Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ini hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 15 Februari 2014. Pihak Sekolah juga harus lengkapkan soal-selidik SPS
sebelum ini jika ada yang masih belum menjawab. Warga pendidik
mengharapkan sistem Pengurusan ini akan lebih memudahkan sebarang
pengurusan di semua peringkat. Sebarang kelemahan pula diharap dapat
diatasi dengan cara yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan