Guru bererti mereka yang mendidik,
mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran
asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia,
‘Teachers may provide instruction in literacy and numeracy,
craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community
roles, or life skills.’
Daripada
kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental
dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan
yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para
pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan
aspirasi negara.
Para
pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan
aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan
kesejahteraan. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran
peribadi mereka. Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan
nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa
mengira bangsa dan agama.
Sesuatu
profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan
mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan
dengan pendidikan.
Menurut
Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya,
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk
dipatuhi demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara
perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh
setiap ahlinya.
Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui
negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah
pendidikan harus diperkemaskan dari masa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran
dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus-kursus tersebut penting
bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan.
2.0 Memartabatkan
Profesion Perguruan
Dalam usaha untuk meningkatkan akses,
ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian
Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda utama. Pertama
memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat. Kedua ialah
membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan mampu bersaing dalam persaingan
sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi
jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan
yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka
yang berkeperluan khas. Ini
bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus perkembangan
negara. Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar profesion ini
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai
profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa
hadapan negara.
Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan
diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi, iaitu
mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat negara,mempunyai semangat
tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama, bangsa dan negara,
mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun
interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang
cemerlang.
Dalam usaha untuk memartabatkan profesion
keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka empat strategi utama. Pertama,
memantapkan latihan perguruan. Kedua, menambah baik kerjaya guru. Ketiga,
memperbaiki persekitaran kerja. Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.
2.1 Memantapkan
Latihan Perguruan
Pemilihan
calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah,
malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi
guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul
amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa
lain.
Kriteria
pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian
taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan
awam. Dalam hal ini, pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh
dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta
amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau “master
teacher”.
Bagi memastikan
calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah
mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah
memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru
bagi pengambilan KPLI. Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan
untuk melhirakn guru yang lebih berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf
maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi mempersiapkan guru dengan segala
kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan. Memantapakan latihan perguruan
dengan membaiki system latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.
2.2 Menambah
Baik Kerjaya Guru
KPM berusaha menambahbaik kerjaya guru
dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat secara, time base. Mempercepatkan
kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru cemerlang yang member
peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track. Selai8nitu, KPM bercadang
melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar
negara. Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya
mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang. Seterusnya, menyediakan
peluan-peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru
yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan
guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi
sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkan peluang menaikkan pangkat yang lebih baik.
Bagi menggalakkan
guru-guru melanjutkan pelajaran supaya member inspirasi kepada pelajar-pelajar
untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha
dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal
ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan
masyarakat.
2.3 Memperbaiki
Persekitaran Kerja
Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan
kajian be bantugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam
menangani beban tugas guru. Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran
Malaysia telah membaiki untuk membaik pulih dalam menaik taraf sekolah yang
daif dan membina bnyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan guru, kerajaan juga
telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru samada
yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init e;ah melibatkan
peruntukan kira-kira RM 19 juta.
Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana,
bilik guru dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai
ruang kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga
sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja
yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan
guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas
untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya
untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.
Dengan adanya skim
tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi
pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat
tinggi.
2.4 Memperkasa
Kerjaya Perguruan
Untuk
mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar
guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk
melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik
darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan
tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan member
keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.
3.0 Kesimpulan
Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke
hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara
merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam
kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan.
Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana
kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan
pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu
yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung
kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan
sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya
guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.
Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan
gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat
kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada
msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.~Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan