Sabtu, 15 Februari 2014

Strategi Untuk Menggalakkan Pemikiran Kreatif

   
 
Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu.
Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan (Rickards dan deCock, 2003). Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru. 



                                              

Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semngat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.
Pada kebiasaannya, pelajar kreatif tidak gentar menghadapi sesuatu yang salah. Mereka bersedia meneroka sesuatu sehingga hujung jalan untuk menghasilkan idea inovatif. Mereka ini sedar bahawa dalam misi menghasilkan sesuatu tugas pasti ada yang perlu dikorbankan sebelum mencapai kejayaan. Golongan pelajar yang kreatif rela menghadapi risiko dalam tindak-tanduknya. Seterusnya guru harus mneyediakan persekitaran yang dapat membantu melahirkan keinginan secara semulajadi. Guru menyediakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang dapt merangsang pelajar untuk meneliti segala sudut kearah menyelesaikan maslah-masalah kreatif.

Selain itu, guru harus menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadp aktiviti-aktiviti berisiko yang dilakukannya. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti yang digemari oleh mereka. Jika guru tidak memberi galakan terhadap kreativiti pelajar, minat mereka untuk melakukannya secara terus-menerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.

Guru hendaklah memberi insentif kepada pelajar yang sentiasa bereksperimen terhadap aktiviti-aktiviti yang baru supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan. Pihak guru tidak boleh mengkritik terhadap aktiviti-aktiviti yang menemui kegagalan. Dalam kes seperti ini, guru hendaklah membina keyakinan pelajar dengan berbincang dan memperbetulkan aktiviti atau sebahagian aktiviti yang telah menemui jalan kebuntuan. Dengan cara ini, daya kreativiti pelajar akan dipupuk dan prestasi aktiviti tersebut akan mancapai kejayaan yang diharapkan.

Sejajar dengan daya dan tahap kreativiti, guru hendaklah menggalakkan daya motivasi dalaman pelajar dengan memberi hadiah atau sijil-sijil terhadap usaha-usaha dan kreativiti yang dtunjukkan oleh pelajar. Dengan pemberian ganjaran seperti ini, pelajar akan berasa keseronokan secara intrinsik hasil kreativiti yang ditunjukkan melalui aktiviti yang dilakukan. Motivasi yang tinggi sangat berkaitan dengan kreativiti terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Jika pelajar dipupuk minat terhadap aktiviti, maka kreativiti juga akan terserlah. Ini kerana pelajar sedar bahawa guru sentiasa memberi motivasi ekstrinsik untuk pelajar membina motivasi intrinsik untuk menghasilkan kerja penuh kreativiti.



  
                                           
                                 

Suatu unsur penting ialah pelajar yang berkreatif sentisa berusaha kearah menghasilkan sesuatu yang terbaik. Pelajar yang berasa gembira dan mengambil sesuatu perkara secara mudah dalam berdepan dengan sesuatu akitiviti, maka jangkaan daripadanya adalah sesuatu yang maksimum. Keadaan ini menyediakan peluang keapda pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran atau penglahiran idea-idea dinamik.
Peluang yang harus diberikan kepada pelajar untuk bertemu dengan orang-orang kreatif seperti penyajak, ahli kraftangan, pakar sains, dan ahli muzik. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi. 


kredit:adamayu

Tiada ulasan: