BAHAGIAN A
BAHAGIAN A -Memindahkan
Maklumat
Anda dikehendaki membina lima ayat yang lengkap tentang gambar yang diberi.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
- Teliti gambar tunggal atau gambar bersiri yang diberi.
- Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar(aktiviti merujuk kepada kata kerja untuk ayat aktif).
- Pilih lima kata kerja sahaja.
- Bina lima ayat gramatis yang berkaitan dengan gambar.
POLA AYAT ASAS
PERHATIKAN
1. Idea keseluruhan (tema)
tentang gambar.
2. Aktiviti-aktiviti atau
perkara-perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
3. Maklumat-maklumat yang
tercatat dalam gambar.
Pastikan
1.
Anda membina ayat tentang maklumat yang tersurat iaitu yang
terdapat dalam gambar.
2.
Nyatakan watak yang terdapat dalam gambar secara umum. Contohnya
lelaki itu, penjual minuman,orang tua.
3.
Nomborkan ayat-ayat anda.
4.
Bina ayat majmuk.
5.
Ayat tepat dari aspek stuktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan
tanda baca.
Struktur Ayat
1.Ayat anda mestilah gramatis
dan menepati bahan grafik.
2.Anda boleh membina ayat
tunggal dan ayat majmuk.
3.Pastikan ayat-ayat yang anda
bina menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan bahan
grafik.
4.Gunakan ejaan dan tanda baca
yang betul.
Penggunaan Masa
1. Gunakan masa 15 minit yang
diberi dengan melakukan pekara berikut:
a. Masa untuk
meneliti bahan
b. Masa untuk
membina ayat
c. Masa untuk
menyemak jawapan anda
Peringatan
Jangan bina ayat yang kurang
atau lebih daripada yang dikehendaki. Bina ayat mudah tetapi tepat tentang
gambar yang diberikan. Elakkan!!! Mengambil masa terlalu lama untuk membina
satu-satu.
Contoh Ayat
Apa/Siapa
|
Buat
Apa/Mengapa
|
Di mana/Bagaimana
(Memperluas Ayat)
|
1.Beberapa
orang murid
|
berbaris menanti giliran
membeli tiket
|
di kaunter tiket.
|
2. Ali dan
Ah Meng
|
mencabut rumput di tepi kolam
|
supaya kawasan itu bersih.
|
3. Muthu
|
menanam anak pokok sayur-sayuran
|
di atas batas yang disediakan.
|
4. Ramli
|
membaca buku sambil bersandar
|
pada tiang di perhentian bas.
|
5. Guru
besar
|
menyampaikan hadiah
|
kepada murid yang berjaya dalam peperiksaan.
|
SILA SEMAK
1.Semak semula kelima-lima ayat yang anda bina. Baca semula ayat-ayat tersebut.
2.Perhatikan ejaan, penggunaan tanda baca dan huruf besar serta huruf kecil.
3.Pastikan tulisan anda jelas dan kemas.
LATIHAN
LATIHAN
5 Aktiviti dalam gambar
a.
b.
c.
d.
e.
Ayat
a.
b.
c.
d.
e.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan