Rabu, 5 Februari 2014

Asas Ulum Syariah - Perkembangan Islam Di Zaman Rasulullah s.a.w

Tahukah anda ?

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah meneruskan usaha-usaha dakwah baginda dengan tekun. Rasulullah telah berdakwah dengan menggunakan beberapa stratergi bernas yang berkesan.

Jadual dibawah menjelaskan stratergi Rasulullah dalam berdakwah kepada pembesar-pembesar negara berhampiran Madinah dan reaksi mereka terhadap dakwah baginda. 


Pembesar-pembesar Mekah memeluk Islam

Selepas pembukaan Kota Mekah, ramai pembesar Mekah memeluk Islam. Mereka ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Abdullah Bin Saad Bin Abu Sarrah, Akrimah Bin Abu Jahal, Jabbar Bin Aswad, Sofwan Bin Umaiyah, dan Ka'ab Bin Zuhail. Mereka ini pernah memusuhi Islam dan Rasulullah memberi pengampunan pada hari pembukaan Kota Mekah.

Peperangan Hunain

Peperangan Hunain telah berlaku pada tahu kelapan Hijrah. Ianya berpunca daripada hasat kabilah Hawazin dan Saqif yang mahu memerangi umat Islam. Mereka telah melantik Malik bin Auf An-Nasri sebagai ketua dan membawa tentera seramai 4,000 orang. Apabila Rasulullah mendapat tahu baginda telah mengumpul seramai 12,000 orang tentera Islam untuk menghadapi tentera Malik. Tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan hampir kalah pada mulanya tetapi dengan semangat dan keimanan akhirnya tentera Islam memenangi peperangan tersebut.

Peperang Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku pada musim kemarau pada tahun kesembilan Hijrah. Ianya berpunca daripada khabar angin tentang persediaan tentera Rom untuk memerangi umat Islam. Dengan itu, Rasulullah memohon sumbangan dari penduduk Mekah dan Madinah sebagai persiapan untuk menghadapi tentera Rom. Saidina Usman Bin Affan telah menderma wang sebanyak 10,000 Dinar, 300 ekor unta berserta muatannya dan 50 ekor kuda. Abu Bakar As-Siddiq menderma kesemua hartanya.

Rasulullah keluar bersama-sama 30,000 orang tentera menuju ke Tabuk, namun begitu tentera Rom telah membatalkan hasrat untuk berperang dan tentera Islam kembali semula ke Madinah tanpa berlaku pertumpahan darah.




------------------------------------------------------------------------------

Latihan
1. Nyatakan :
     i. Negara-negara yang dihubungi oleh Rasulullah untuk tujuan dakwah.
    ii. Namakan pembesar-pembesar Quraisy Mekah yang memeluk Islam.

2. Senaraikan :
     i. Sebab berlakunya peperangan Hunain dan pengajarannya
    ii. Sebab berlakunya peperangan Tabuk dan pengajarannya.
 
Terima kasih untuk Ustazah Aishah Bt Hamid ( UPSI ) atas perkongsian bahan.

Tiada ulasan: