MINIT CURAI
|
Kepada: Guru Besar,
SK. Bandar
Tawau,
Peti Surat
214,
91007 Tawau.
Melaui: -
Daripada: Kasoma Thia,
Ketua
Pembantu Tadbir,
SK. Bandar
Tawau,
Peti Surat
214,
91007 Tawau.
Salinan
kepada: Penolong Kanan
Pentadbiran,
SK. Bandar
Tawau,
Peti Surat
214,
91007 Tawau.
Perkara: KURSUS PENULISAN SURAT RASMI, MEMO
DAN PELAPORAN
BAGI ANGGOTA KHIDMAT
PELAKSANA SEKOLAH.
Tarikh: 12 -
13 Februari 2014 ( Rabu - Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: SJK ( C ) Sin Hwa, Tawau
Pakaian: Rasmi
1.
LATAR BELAKANG KURSUS
1.1
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Latihan Pejabat
Pendidikan Daerah, Tawau.
Rujukan
surat panggilan kursus adalah: PPDTW/500-11/3 ( ), Bertarikh: 27 Januari 2014.
1.2
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Halik
Bin Abdusukor dariUnit Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah,Tawau. Kursus
ini dihadirioleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Kumpulan
Pelaksana dari beberapa buah sekolah di daerah Tawau. Kursus ini dikendalikan
oleh 4 orang Urusetia dari Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan seorang Penceramahdari Unit
Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.
1.3
Tujuan Kursus ini adalah untuk :-
1.3.1 Memenuhi keperluan kursus 7 hari setahun
Unit Penjawat Awam.
1.3.2 Memberi
pendedahan tentang tatacara penulisan surat rasmi yang berkualiti.
1.3.3 Memberi
tunjuk ajar tentang tatacara penulisan Minit Curai.
2.
ISU ATAU MAKLUMAT PENTING
a) Encik Jamaludin bin Martin memberitahu
senarai nama sekolah yang belum menghantar Laporan Instrumen berkursus 7 hari. Penghantaran
Laporan tersebut adalah pada bulan September dan Disember. Pihak sekolah
jugahendaklah menghantar Borang Instrumen Kopentensif. Kegagalan dalampenghantaran
Borang Instrumen Kopentensif akan menggagalkan AnggotaKumpulan Pelaksana
dipanggil berkursus kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan memilih
pegawai-pegawai tertentu untuk mengikuti kursusyang dianjurkan berpandukan
Borang Instrumen Kopentensif tersebut.
b) Encik Jamaludin bin Martin menjelaskan
kepada peserta-peserta kursus agarmengisi borang Penilaian Kursus PK 06-41 dan
PK 06-3 yang diedarkan oleh penganjur kursus. Borang tersebut hendaklah
dihantar pada masa kursus tersebut. Manakala Borang PK 06-5 iaitu Borang
Instrumen keberkesananprogram BPSH/JPN/PPW/PPD pula akan dihantar sebulan
selepas kursus.
c) Pada slot kursus penulisan surat rasmi,
penceramah menyatakan bahawa format penulisan surat rasmi akan sentiasa
berubah-ubah mengikut pekeliling dari masa ke semasa. Setakat ini format
penulisan surat rasmi telah berubah sebanyak 4 kali. Agensi – agensi yang
terlibat dalam membuat format penulisan surat rasmi adalah Intan, IAB, MAMPU
dan Unit Protokol.
d) Encik Abdul Halik bin Abdusukor turut
menjelaskan lima prinsip penulisan surat yang perlu ditekankan dan dititik
beratkan dalam setiap penulisan surat. Lima prinsip tersebut iaitu 4C+1P; Correct
(betul), Clear (jelas), Comprehensive (lengkap), Concise
(ringkas) dan Polite (bersopan). Format penulisan surat tersebut adalah
seperti contoh berikut ;
Contoh surat
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU
PETI SURAT 214, 91007 TAWAU, SABAH
No. Telefon : 089-772866 / No. Faks :
089-776082
E-mel : xba3051@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________
“MENERAJUI
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Ruj. Kami:
XBA3051/500-8/01( )
Tarikh: 13 Mac
2014
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Unit Latihan
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat 499
91007 Tawau
(u.p: Encik Jamaluddin bin Martin)
Tuan,
PENGEMBALIAN BORANG INSTRUMEN
KEBERKESANAN (PK06-5) SERTA MINIT CURAI BAGI PN. KASOMA THIA DAN PN. KASMAH
HJ. HASAN
Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
…2. Bersama-sama ini disertakan
dua salinan Borang Instrumen Keberkesanan (PK06-5) dan dua salinan Minit
Curai seperti Lampiran 1 untuk rujukan tuan.
3. Kerjasama daripada pihak
tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang
menurut perintah,
( MARIAMAH BINTI KUNTUM )
Guru Besar
SK Bandar Tawau
Tawau, Sabah
s.k Fail
MARIAMAH/suma
|
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU
PETI SURAT 214, 91007 TAWAU, SABAH
No. Telefon : 089-772866 / No. Faks : 089-776082
E-mel : xba3051@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________
“MENERAJUI
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Ruj. Kami: XBA3051/800-1( )
Tarikh
: 03 Januari 2014
Guru Besar
Semua Penolong
Kanan
Semua Guru
Sekolah Kebangsaan
Bandar Tawau
Tuan/Puan,
MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas
adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut
di atas seperti ketetapan berikut ;
a.
a. Tarikh: 11 Januari 2014
b.
b. Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
c.
c. Tempat: Makmal ICT Sekolah Kebangsaan
Bandar Tawau
…3. Sehubungan dengan itu,
kehadiran tuan puan adalah diwajibkan. Bersama ini disertakan Agenda
Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama 2014 seperti Lampiran 1 untuk rujukan
tuan
4. Kerjasama
daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
(
)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau
s.k
Fail
|
3.
ULASAN/CATATAN GURU BESAR
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
Sekian
Disediakan Oleh
( )
Penolong Kanan Kokurikulum
SK. Bandar Tawau
Tarikh: 24.04.2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan