Ahad, 23 Februari 2014

Oh My PenDrive


Saya seringkali mengalami kehilangan fail yang disimpan kat pen drive (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.Perkara ini berlaku kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat (hidden).

Setelah bersoaljawab ngan member2 yg arif tentang IT ( makhluk halus ) masalah sy dpt diatasi..


Ada beberapa cara mengatasi masalah ini.
CARA 1
1. Klik Start --> pilih Run --> taip cmd




Kemudian klik OK dan paparan seperti berikut akan kelihatan.




Jika pen drive ada berada pada G misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan ini

attrib -r -a -s -h /s /d

Kemudian enter

Insya-Allah fail yang hilang akan nampak semula. Selamat mencuba.
CARA 2
Cara ini ialah membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.

Mula-mula buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.

attrib -r -a -s -h /s /d
exit

Savekan fail berkenaan dengan nama misalnya unhide.bat
Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian klikkan pada fail ini. Insya-Allah semua fail akan kembali kepada keadaan asal.

Tiada ulasan: