Ahad, 16 Februari 2014
Sistem e-hadir
Jabatan Pelajaran Sabah telah melancarkan aplikasi kehadiran bagi guru di Negeri Sabah. Aplikasi yang dibangunkan ini dinamakan e-hadir : Sistem Pemantauan Kehadiran Bersepadu Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Sistem ini boleh di akses secara talian online di pautan (klik disini)
Usaha JPN Sabah amat dipuji memandangkan peratus kehadiran guru-guru di Sabah amatlah mendukacitakan. Sistem pengurusan data kehadiran yang lemah serta sikap sambil lewa mengisi kehadiran punca data kehadiran guru tidak berapa memuaskan. Namun secara realitinya, jika anda berada di sekolah-sekolah pedalaman yang mempunyai jarak yang jauh dari PPD mesti pekara ketidakhadiran akan timbul.
Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah haruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya.
Buat masa ini sistem ini hanya dapat dicapai di sekolah yang mempunyai capaian internet internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan