Sabtu, 15 Februari 2014

Sekolah N Guru Penyayang !!!


Sekolah kini mempraktiskan cara nilai kasih sayang dalam meningkatkan moral dan sahsiah pelajar. Program yang dimaksudkan ialah program Guru Penyayang. Program Guru Penyayang bermula pada 1 Mac 2012. 

Mengikut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, program yang bermula sejak Mac itu dilaksanakan di kira-kira 70 peratus daripada 10,000 sekolah di seluruh negara.
 
Peribahasa ada menyebut, rambut sama hitam, hati lain-lain. Sambutan program Guru Penyayang ini mendapat pelbagai reaksi daripada murid-murid, guru-guru, ibu bapa, malah ahli masyarakat yang prihatin terhadap isu sahsiah pelajar. Ada murid yang rasa lucu dengan gelagat cikgu mereka menyambut kehadiran mereka di pintu pagar sekolah; ada guru yang merasakan program Guru Penyayang ini membebankan mereka; dan ada juga yang merasakan program Guru Penyayang ini merupakan satu program yang tepat diimplilkasikan kini. Ada pro dan con masing-masing.

Jika dilihat pada objektif program Guru Penyayang, memang kita rasakan program ini amat sesuai untuk dipraktiskan dewasa ini. Namun perspektif terhadap pendedatan terutamanya kaedah pelaksanaan boleh diperdebat. Kita perlu menilai adakah murid-murid dapat merasai keikhlasan cikgu-cikgu yang mengambil berat terhadap mereka. Manakala guru pula, adakah mereka mempunyai persediaan terhadap tanggungjawab baru itu yang hanya mendapat arahan Why dan What tetapi tidak How daripada pihak atasan. 

Inti daripada program Guru Penyayang ini boleh disimpulkan sebagai kaedah komunikasi efektif. Tugasan guru mengalu-alukan kehadiran murid, memberi penghargaan kepada mereka serta melaksanakan program ‘Mentor Mantee’ jelas menunjukkan bahawa mereka perlu mempunyai skil komunikasi yang berkesan. Sekiranya skil komunikasi seseorang guru itu bermasalah, bagilah apa tugasan yang melibatkan hubungan sesama manusia, sudah pasti masalah tidak dapat diselesaikan, kata orang Pinang, “Pi mai pi mai tang tu!”. Malah boleh mengundang masalah baru jika pelaksanaan kurang analisis emperikal dan bermotif politik, kata orang Kelantan, “Nok wak guano mugo lagu tu doh!”.

Sudah pasti pihak kementerian berkaitan mempunyai para pemikir dan penggubal yang jauh lebih pandai daripada ahli masyarakat biasa. Pelbagai kempen serta anisiatif telah diambil untuk melaksanakan program Guru Penyayang. 

 Fasa demi fasa disusun untuk memastikan program Guru Penyayang mencapai sasaran. Pihak ibu bapa juga bersetuju kaedah kasih sayang dipraktiskan dalam membesarkan anak-anak. Jika dahulu rotan menjadi hukuman untuk murid yang ponteng sekolah, kini senyuman menawan guru yang menjadi tarikan mereka untuk tidak pernah cuti ketika sesi persekolahan. Kalau dulu tengking dan herdik guru sekiranya melakukan kesalahan, kini teguran manja menggalakkan mereka untuk berbuat baik dan berdisiplin. Mungkin yang best sekali bagi murid-murid ialah adanya suara nyanyian guru serta rakan-rakan ketika hari jadi mereka, kemungkinan ada lagi hadiah, kek birthday, dan kumpulan kugiran ala Oppa Gangnam Style untuk mereka di sekolah.

Polemik yang harus kita renungi ialah sistem komunikasi efektif. Ciri-ciri komunikasi efektif seseorang itu adalah merujuk kepada kepekaan deria terhadap orang yang dilawan bercakap. Apa yang diperkatakan di sini bukanlah merujuk kepada warga guru sahaja, tetapi semua manusia yang perlu bersosial. Ini kerana deria merupakan peralatan komunikasi yang dikurniakan-Nya, iaitu penglihatan, pendengaran, dan sentuhan. Tiada ertinya jika seseorang guru berdiri di pintu pagar awal-awal pagi untuk menyambut kehadiran murid jika cara sapaannya tidak sesuai. Malah boleh menyebabkan murid yang nakal menjadikan amalan gurunya sebagai bahan lelucon dan ajukan. Dr.Stephen R.Covey dalam buku mahsyurnya The 7 Habits of Highly Effective People, ada menyarankan Seek first to understand, then to be understood (memahami dahulu kemudian difahami). 

Oleh yang demikian, para guru bolehlah cuba memahami dahulu apakah bentuk atau mood komunikasi murid sebelum memberi sapaan atau teguran. Adakah mereka pada pagi hari itu kelihatan lebih cenderung kepada penglihatan, pendengaran, atau sentuhan? Dengan pemahaman tersebut, maka bolehlah guru berkomunikasi dengan teknik yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau nilai kasih sayang. Kaedah atau teknik komunikasi yang hebat ini dinamakan NLP, Neuro-Lingiustic Programming.
           
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya? Guru seharusnya diberi latihan yang cukup dalam kaedah komunikasi efektif untuk meyakinkan diri serta bersemangat dalam meningkatkan kepedulian mereka terhadap murid-murid, seperti mana saranan aktiviti dalam program Guru Penyayang. 

Teknik komunikasi efektif melalui NLP ini merupakan rahsia kejayaan program Guru Penyayang bagi sesebuah sekolah. Program ini juga merupakan kunci kepada kejayaan guru dalam hubungan bukan sahaja dengan murid-murid atau ibu bapa, malah antara guru dengan guru, guru dengan pentadbir, dan guru dengan ahli keluarga serta masyarakat.       
              
                   Tiada insan yang hebat tanpa didikan guru!




kredit:1stronghand

Tiada ulasan: