Kementerian Pendidikan tidak janjikan penempatan kepada graduan – Mary Yap
 
 
KUALA LUMPUR:
 Kementerian Pendidikan tidak menjanjikan penempatan kepada graduan 
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 
kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kian Ching.
Beliau berkata, ini kerana sebahagian besar daripada mereka bukan 
ditaja oleh Kementerian Pendidikan dan tidak ada sebarang ikatan 
perjanjian dengan pihak kementerian.
“Penempatan graduan adalah berdasarkan kepada kekosongan perjawatan 
yang ada. Apabila bekalan diterima, penempatan dilaksanakan mengikut 
kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen,” katanya.
Yap berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman 
Mohamad (BN-Lipis) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari 
ini. Abdul Rahman bertanyakan mengenai mekanisme Kementerian Pendidikan 
dalam mengatasi kelewatan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda 
Pendidikan sejak akhir-akhir ini.
Beliau menambah, mulai 2012, pelantikan dan penempatan graduan 
pendidikan keluaran IPTA dan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi 
secara automatik, tetapi secara lantikan tetap dan tidak lagi lantikan 
secara sandaran.
“Kementerian Pendidikan berpandangan bahawa tidak timbul isu 
kelewatan dalam penempatan guru baharu memandangkan semua graduan 
pendidikan perlu menjalani prosedur pelantikan dan penempatan yang telah
 ditetapkan,” kata Yap.
Jelasnya, graduan pendidikan yang tamat pengajian dan diperakukan 
oleh senat IPTA/IPG perlu memohon di portal www.jobsmalaysia.com bagi 
tujuan panggilan temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Yab berkata bakal guru hanya akan ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka lulus temuduga dan diperakui oleh pihak SPP.
“Ini bertujuan untuk memastikan guru-guru yang dilantik berkualiti 
dan memenuhi standard guru Malaysia. Mereka akan ditempatkan ke sekolah 
dengan tawaran jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 
Gred DG41,” katanya.- BERNAMA.
kredit:sgb  
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 ulasan:
ermmm
Catat Ulasan