Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan membangunkan modul Pentaksiran 
Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru menggunakan teknologi Java dan HTML 5
 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
  Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu 
persidangan Dewan Negara semalam, pendekatan baru dalam pengurusan 
kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil bagi 
membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
  “Ini  memastikan pengguna tidak menghadapi isu ‘auto log out’ atau 
server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu,” katanya semasa 
menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah 
kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan 
kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
  Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul 
PBS baru dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus
 beroperasi walaupun secara ‘off-line’.
  Selain itu, Idris 
berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan infrastruktur ICT 
khususnya keupayaan server komputer bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran 
Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan semak dalam talian.
  Beberapa 
penyelesaian dikenal pasti termasuk isu kapasiti pemprosesan yang 
ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS sedia ada memerlukan keupayaan 
pemprosesan yang tinggi kesan daripada penggunaan teknologi lama serta 
jadual kemasukan data yang sangat fleksible menyebabkan pengguna 
memasukkan data pada penghujung tahun mengakibatkan kesesakan pusat 
data.
  Mengenai usaha mengurangkan beban tugas guru, beliau berkata, modul
 PBS diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah sebagai ‘single 
window’ ,” katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan