Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang
mempunyai anak di sesebuah sekolah dan guru-guru
di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik, hasrat
sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan
yang cemerlang pasti akan terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu
dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan
sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan
menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu,
lbu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan atau
mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau
membuat aduan tentang sesuatu perkara demi
kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudil menghadiri program PIBG akan
memberikan gambaran kepada anak-anak tentang sikap ibu bapa yang
prihatin terhadap diri mereka.
PIBG juga berperanan menjalinkan
hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruguru. Hubungan yang baik antara
ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya,
pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar
anak mereka. Antara program-program yang boieh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis
Hari Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para pelajar akan berasa gembira
kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil
berat tentang kemajuan pelajaran mereka.
Di samping itu, pihak PIBG juga
dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat
pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan
kewangan pihak sekolah adalah terhad.
Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk
menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran
di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada
kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah.
Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada
PIBG amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan
yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok
menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan
daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak
PIBG dengan pihak sekolah.
Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang
tengah dalam sesuatu masalah yang berlaku
antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran dan
kadang-kadang guru boleh hilang
kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru
yang mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang dilaporkan kepada pihak
polis yang sedang menunggu tindakan
mahkamah diambil. Dalam menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan
peranan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan