Pelajar
 yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi hebat akhlak 
serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa 
jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan 
seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti 
utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. 
Amanah
Pelajar
 yang cemerlang  boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala 
tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar tidak bohong, tidak menipu , 
tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa 
segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah.
Bijak
Pelajar
 yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa serta 
sumber-sumber di sekelilingnya . Ia menggunakan masa hidupnya dengan  
sebaik-baiknya, melakukan hanya yang baik dan menjauhi per 
kara-perkarayang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha 
memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari 
perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar
 yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta membuat latihan 
jasmani. Kebijaksananya dakam mengurus diri serta kecenderungan 
melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih 
berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan
 aktif dalam  aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar
 yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam 
melakukan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasanya, 
dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan 
dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus 
dilaksanakan kea rah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar
 yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan.
 Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi.  Ianya
 juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ia sedar bahawa mereka 
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidupnya juga
 tidak diberkati Tuhan.
Faham
Pelajar
 yang cemerlang lebih banyak  mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang
 demikian , menyebabakan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan 
mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi  maklumbalas. Ingatannya 
juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami 
apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajari. 
Gigih
Pelajar
 yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan 
tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran . Ianya juga pandai dan 
 mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Pelajar
 yang  cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat 
untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk  
mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya
 untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar
 yang cemerlang sentiasa taat  kepada perintah Allah SWT dan berusaha 
mencapai kejayaan selaras dengan tuntuttan agama iaitu mengamalkan apa 
yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga 
mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin , guru-guru, undang-undang Negara 
serta peraturan dan amalan yang harus dikuti.
Sekian, semoga para pelajar sekalian boleh meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan