MINIT CURAI
|
Kepada: Guru Besar,
SK
.............
....................
.......................
Melaui: -
Daripada: ........................,
Ketua
Pembantu Tadbir,
SK.
......................
............................,
91007 Tawau.
Salinan
kepada: Penolong Kanan
Pentadbiran,
SK.
..................,
.........................,
91007 Tawau.
Perkara: KURSUS PENULISAN SURAT RASMI, MEMO
DAN PELAPORAN
BAGI ANGGOTA KHIDMAT
PELAKSANA SEKOLAH.
Tarikh: 12 -
13 Februari 2014 ( Rabu - Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: SJK ( C ) Sin Hwa, Tawau
Pakaian: Rasmi
1.
LATAR BELAKANG KURSUS
1.1
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Latihan Pejabat
Pendidikan Daerah, Tawau.
Rujukan
surat panggilan kursus adalah: PPDTW/500-11/3 ( ), Bertarikh: 27 Januari 2014.
1.2
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Halik
Bin Abdusukor dariUnit Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah,Tawau. Kursus
ini dihadirioleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Kumpulan
Pelaksana dari beberapa buah sekolah di daerah Tawau. Kursus ini dikendalikan
oleh 4 orang Urusetia dari Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan seorang Penceramahdari Unit
Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.
1.3
Tujuan Kursus ini adalah untuk :-
1.3.1 Memenuhi keperluan kursus 7 hari setahun
Unit Penjawat Awam.
1.3.2 Memberi
pendedahan tentang tatacara penulisan surat rasmi yang berkualiti.
1.3.3 Memberi
tunjuk ajar tentang tatacara penulisan Minit Curai.
2.
ISU ATAU MAKLUMAT PENTING
a) Encik Jamaludin bin Martin memberitahu
senarai nama sekolah yang belum menghantar Laporan Instrumen berkursus 7 hari. Penghantaran
Laporan tersebut adalah pada bulan September dan Disember. Pihak sekolah
jugahendaklah menghantar Borang Instrumen Kopentensif. Kegagalan dalampenghantaran
Borang Instrumen Kopentensif akan menggagalkan AnggotaKumpulan Pelaksana
dipanggil berkursus kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan memilih
pegawai-pegawai tertentu untuk mengikuti kursusyang dianjurkan berpandukan
Borang Instrumen Kopentensif tersebut.
b) Encik Jamaludin bin Martin menjelaskan
kepada peserta-peserta kursus agarmengisi borang Penilaian Kursus PK 06-41 dan
PK 06-3 yang diedarkan oleh penganjur kursus. Borang tersebut hendaklah
dihantar pada masa kursus tersebut. Manakala Borang PK 06-5 iaitu Borang
Instrumen keberkesananprogram BPSH/JPN/PPW/PPD pula akan dihantar sebulan
selepas kursus.
c) Pada slot kursus penulisan surat rasmi,
penceramah menyatakan bahawa format penulisan surat rasmi akan sentiasa
berubah-ubah mengikut pekeliling dari masa ke semasa. Setakat ini format
penulisan surat rasmi telah berubah sebanyak 4 kali. Agensi – agensi yang
terlibat dalam membuat format penulisan surat rasmi adalah Intan, IAB, MAMPU
dan Unit Protokol.
d) Encik Abdul Halik bin Abdusukor turut
menjelaskan lima prinsip penulisan surat yang perlu ditekankan dan dititik
beratkan dalam setiap penulisan surat. Lima prinsip tersebut iaitu 4C+1P; Correct
(betul), Clear (jelas), Comprehensive (lengkap), Concise
(ringkas) dan Polite (bersopan). Format penulisan surat tersebut adalah
seperti contoh berikut ;
* Sila kepilkan bersama surat jemputan taklimat atau kursus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan