PENDEKATAN SEKOLAH PENYAYANG SATU
SIFAT PROFESIONAL SEORANG PENDIDIK
Oleh Cikgu Nor Hafizah Mohammad Hanafi
Pendekatan Sekolah Penyayang telah
diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijalankan di setiap sekolah
bermula Mac tahun lalu. Ada pihak yang menerimanya dengan hati terbuka dan tidak
kurang juga yang kurang senang. Mungkin kerisauan sekiranya perkara begini yang
berlaku. Sebenarnya,
kerisauan begini tidak perlu wujud sekiranya setiap dari guru menghayati dan
mengamalkan sepenuh hati amalan sekolah penyayang ini, dan bukan hanya dijadikan
program untuk tujuan dokumentasi semata-mata.
Sebenarnya,
kerisauan begini tidak perlu wujud sekiranya setiap dari guru menghayati dan
mengamalkan sepenuh hati amalan sekolah penyayang ini, dan bukan hanya dijadikan
program untuk tujuan dokumentasi semata-mata.
Mari kita kita lihat
konsep sekolah penyayang :
Pertama,
penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat,
berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Kepedulian
adalah antara elemen penting yang perlu dititik beratkan oleh semua guru kerana
kadang-kadang ada guru yang terlepas pandang dan mudah menghukum murid tanpa
mempedulikan sebab dan akibat perbuatan mereka. Memandangkan tugas saya sebagai
seorang kaunselor yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu murid, saya
perhatikan kebanyakan murid yang dihukum mempunyai sebab-sebab tertentu dan
sentiasa mengharapkan bimbingan serta peluang untuk mereka berubah menjadi insan
yang lebih baik.
Benarlah
kata anak-anak umpama kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka. Namun,
sekiranya ibu bapa juga kurang mempunyai masa untuk mencorakkan mereka, maka
guru adalah antara agen yang paling dekat untuk membantu memberikan corak kepada
mereka. Sama ada corak-corak yang indah atau corak-corak yang diconteng dan
tiada nilainya. Jadi, benarlah konsep kepedulian ini perlu diterapkan dalam jiwa
setiap dari pendidik.
Kedua,
Guru
penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa.
Kita
sentiasa mendengar jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada
remaja yang ada sekarang. Apakah amalan, apakah kecenderungan, apakah minat dan
sikap yang mereka tonjolkan itulah yang mencerminkan masa depan negara itu. Jika
ia benar, maka memang benarlah kita perlu memberi perhatian yang lebih, perlu
menjaga murid kita, perlu membimbing mereka untuk memastikan masa depan negara
kita akan sentiasa berada dalam suasana rukun damai.
Setiap
dari manusia mempunyai fitrah ingin dihargai dan disayangi oleh orang lain.
Begitu juga dengan murid kita yang sentiasa mengharapkan penghargaan dan
kasih-sayang daripada guru-guru yang merupakan insan yang signifikan dalam
hidupnya. Menurut pandangan Teori Pemusatan Perorangan tentang sifat semulajadi
manusia oleh Carl Rogers, setiap manusia mempunyai harga diri, mempunyai minat
yang tersendiri serta bebas berdikari dan mempunyai arah
kendiri.
Harga diri
inilah yang perlu sentiasa dijaga oleh pendidik dengan menggunakan pendekatan
kasih sayang dan tidak mudah menjatuhkan harga diri murid di hapadan orang lain.
Kerana kesannya amat besar dan mendalam serta mampu mempengaruhi perkembangan
psikologi mereka.
Ketiga,
membudayakan amalan penyayang merupakan sifat
profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Sifat
profesional bermakna satu sifat yang diamalkan oleh sesuatu golongan profesional
itu. Sebagai contoh, sifat profesional seorang polis adalah tegas dan berani.
Jadi semua dari kita sedia maklum, seseorang polis itu tidak pernah gentar untuk
memburu penjenayah walaupun nyawanya menjadi taruhan. Begitu juga dengan sifat
profesional seorang doktor yang sentiasa membantu menyelamatkan dan membantu
pesakitnya tidak kira siapa sahaja yang berada dihadapannya walaupun seorang
penjenayah.
Jadi,
sememangnya kita sebagai seorang guru membudayakan amalan penyayang dan
dijadikan sebagai sifat profesional dalam profesion kita. Percayalah, dengan
kasih sayang kita mampu menakluki hati dan juga mampu menakluk dunia sebagaimana
pendekatan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwahnya ke seluruh pelusuk
dunia.
Wujudnya
kita dari dalam rahim ibu ketika bayi dan hingga kita dewasa adalah kerana kasih
sayang kedua ibu bapa kita iaitu pancaran dari kasih sayang Tuhan. Kita tidak
boleh hidup tanpa kasih sayang. Kasih sayang itu makanan rohani. Siapa yang
tidak dapat merasai kasih sayang, rohaninya dan jiwanya akan menderita terseksa
dan hilang kebahagiaan. Kasih sayang ialah perkara rasa. Ia mainan hati. Ia
adalah fitrah semulajadi.
Fitrah
semulajadi manusia adalah sama. Tidak kira asal keturunannya. Tidak kira
bangsanya. Tidak kira agamanya, negaranya atau di zaman mana dia hidup. Fitrah
semulajadi manusia tetap sama. Kasih sayang adalah tuntutan fitrah. Fitrah suka
dikasihi dan mengasihi. Suka disayangi dan menyayangi. Inilah mesej yang perlu
dibawa kepada semua umat manusia. Kasih sayang atau love and care mesti
disebarkan seluas-luasnya di kalangan umat manusia.
Perpaduan,
kedamaian dan keharmonian juga adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia. Semua
manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit sukakan perpaduan. Semua
manusia sukakan kedamaian. Semua manusia sukakan keharmonian. Manusia benci
kepada krisis, perpecahan dan pergaduhan. Manusia benci kepada huru hara dan
kacau bilau.
Sebagai
kesimpulannya konsep sekolah penyayang ini perlu dimantapkan dari segi
pelaksanaannya di setiap sekolah dan ia akan memberi kesan yang baik kepada
senario pendidikan sekiranya ianya dilaksanakan dari hati yang ikhlas