Rabu, 5 Februari 2014

Panduan Dari Cikgu Norizan Abdullah

BAHAGIAN A



BAHAGIAN A -Memindahkan Maklumat

Anda dikehendaki membina 
lima ayat yang lengkap tentang gambar yang diberi.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN


  • Teliti gambar tunggal atau gambar bersiri yang diberi.
  • Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar(aktiviti merujuk kepada kata kerja untuk ayat aktif).
  • Pilih lima kata kerja sahaja.
  • Bina lima ayat gramatis yang berkaitan dengan gambar.

POLA AYAT ASAS

PERHATIKAN

1. Idea keseluruhan (tema) tentang gambar.
2. Aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
3. Maklumat-maklumat yang tercatat dalam gambar.

Pastikan

1.   Anda membina ayat tentang maklumat yang tersurat iaitu yang terdapat dalam gambar.
2.   Nyatakan watak yang terdapat dalam gambar secara umum. Contohnya lelaki itu, penjual minuman,orang tua.
3.   Nomborkan ayat-ayat anda.
4.   Bina ayat majmuk.
5.   Ayat tepat dari aspek stuktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca.


Struktur Ayat

1.Ayat anda mestilah gramatis dan menepati bahan grafik.
2.Anda boleh membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
3.Pastikan ayat-ayat yang anda bina menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
   dengan bahan grafik.
4.Gunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Penggunaan Masa
1. Gunakan masa 15 minit yang diberi dengan melakukan pekara berikut:
    a. Masa untuk meneliti bahan
    b. Masa untuk membina ayat
    c. Masa untuk menyemak jawapan anda


Peringatan
Jangan bina ayat yang kurang atau lebih daripada yang dikehendaki. Bina ayat mudah tetapi tepat tentang gambar yang diberikan. Elakkan!!! Mengambil masa terlalu lama untuk membina satu-satu.

Contoh Ayat

Apa/Siapa
Buat
Apa/Mengapa
Di mana/Bagaimana
(Memperluas Ayat)
1.Beberapa orang murid
berbaris menanti giliran       
membeli tiket
di kaunter tiket.
2. Ali dan Ah Meng
mencabut rumput di tepi kolam
supaya kawasan itu bersih.
3. Muthu
menanam anak pokok sayur-sayuran
di atas batas yang disediakan.
4. Ramli
membaca buku sambil bersandar
pada tiang di perhentian bas.
5. Guru besar
menyampaikan hadiah
kepada murid yang berjaya dalam peperiksaan.

SILA SEMAK
1.Semak semula kelima-lima ayat yang anda bina. Baca semula ayat-ayat tersebut.
2.Perhatikan ejaan, penggunaan tanda baca dan huruf  besar serta huruf kecil.
3.Pastikan tulisan anda jelas dan kemas.
LATIHAN





5 Aktiviti dalam gambar
a.
b.
c.
d.
e.

Ayat
a.
b.
c.
d.
e.

Tiada ulasan: