Rabu, 19 Februari 2014

Bersuci Asas Kebersihan


 

slam menuntut supaya setiap penganutnya menjaga kesucian dan kebersihan jasmani dan rohani. Kesucian dan kebersihan adalah asas utama kesempurnaan ibadat seseorang. Bagi melaksanakan tuntutan tersebut, Islam telah menentukan garis panduan untuk bersuci. Umat islam hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri sama ada anggota badan, fikiran, makanan, tempat tinggal, dan alam sekitar sesuai dengan Islam agama yang suci.

Kesuciaan dan kebersihan didalam ibadat hendaklah dijelmakan dalam aktiviti harian kita. Allah S.W.T mengasihi orang yang sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan.

Pengertiaan Bersuci

Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan sesuatu daripada kekotoran. Dari segi istilah ialah membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada hadas dan najis. Bersuci daripada hadas, najis dan kekotoran hukumnya wajib dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah.

Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dengan masalah kebersihan dirumah, masjid, sekolah, tandas awam, taman reaksi dan alam sekitar. Setiap anggota masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran diri yang mendalam tentang kebersihan dan jangan terlalu mengharapkan pihak lain.

Hikmah Bersuci
* Mencergaskan jasmani dan mencerdaskan minda

* Keluarga akan hidup harmoni dan selesa

* Masyarakat terhindar daripada penyakit

* Murid-murid dapat belajar dengan selesa

* Ekonomi masyarakat dapat ditingkatkan


mindamubin

Tiada ulasan: