Khamis, 9 Julai 2015

PANDUAN PENGISIAN SKPM2013 ( KOKURIKULUM )


Langkah 1 :
Taipkan google drive dalam kotak search di enjin pencari anda. Kemudian, klik butang Search.



Langkah 2:
Setelah enjin pencari memaparkan hasil carian, klik pada link Google Drive seperti dalam gambar.


Langkah 3:
Isikan Yes ID dan juga password anda seperti yang telah diedarkan di sekolah. Klik Sign In.





Langkah 4:
Google akan menyatakan yang akaun drive anda adalah diurus tadbir oleh Yes. Oleh itu, anda perlu sekali lagi memasukkan Yes ID dan password dalam kotak dialog 1BestariNet seperti di bawah. Selepas itu, klik Login.


Langkah 5:
Selepas itu, anda akan dibawa ke akaun Google Drive anda. Perhatikan menu di sebelah kiri yang bertanda (1), pastikan Shared with Me adalah aktif. Jika tidak, sila klik padanya. Kemudian, klik pada link SKPM KOKURIKULUM 2013


Langkah 6:
Satu tab baru akan dibuka yang memaparkan satu spreadsheet (berbentuk Excel). Terdapat LIMA sheet/helaian pada fail tersebut iaitu PANDUAN, PENGLIBATAN MURID, GRED PENCAPAIAN IKUT UNIT, PENCAPAIAN MURID TAHUN SEMASA DAN GRED PURATA.

Hanya sheet PENGLIBATAN MURID diisi.



Contohnya,
  1. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi BADAN BERUNIFORM, key in  pada BADAN BERUNIFORM berwarna jingga/oren
  2. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi KELAB DAN PERSATUAN, key in  pada KELAB DAN PERSATUAN  berwarna Kuning
  3. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi SUKAN DAN PERMAINAN, key in  pada SUKAN DAN PERMAINAN berwarna Biru



NOTA PENTING :
  1. Jawatan disandang murid - sila pilih minimum sebagai Ahli Aktif 
  2. Peringkat PENGLIBATAN dan PENCAPAIAN - nilai default ialah Sekolah dan Penyertaan Sekolah. Guru yang membawa murid ke pertandingan adalah BERTANGGUNGJAWAB untuk mengisi medan ini.
  3. Jika murid menyertai lebih daripada satu pertandingan, guru yang mengiringi murid tersebut ke peringkat TERTINGGI perlu mengisi medan ini.
  4. Pengisian markah ini tidak perlu diSAVE kerana ianya adalah autosave.

Jadual Peperiksaan UPSR 2015



Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengurusan Peperiksaan Awam Malaysia. Download Jadual UPSR 2015 (Peperiksaan Bertulis). Tarikh dan Masa Peperiksaan UPSR 2015 (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Jadual Peperiksaan UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan

Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah merujuk edaran rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual Peperiksaan UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan

Tarikh Peperiksaan dan Jadual UPSR 2015

Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan disertakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 dan akan diterangkan kepada murid Tahun 6 Calon #UPSR2015 oleh pihak sekolah sebelum hari peperiksaan dan akan diterangkan oleh Pengawas Peperiksaan UPSR 2015 sebelum peperiksaan bermula.

Ujian Segak Kementerian Pendidikan Malaysia








SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN




Untuk memahami apakah itu SEGAK klik link di bawah  



ujian segak.doc - 834 KB

Rabu, 8 Julai 2015

BORANG PENILAIAN PRESTASI KOKURIKULUM INDIVIDU

Jika berminat boleh download .. tak de le ok sgt, tapi boleh le utk diguna.. mudah sikit keje nnt

BORANG PENILAIAN PRESTASI KOKURIKULUM INDIVIDU.xls -

Pengiraan Markah Bagi Pencapaian Aktiviti Kokurikulum

Sedikit perkongsiaan bersama, masih terdapat banyak lagi kelemahan yang perlu di perbaiki ...

jika berminat sila   Klik link

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan SK Bandar Tawau

Tarikh : 4 Julai
Tempat : Dewan SK BANDAR




Sumbangan Hari Raya Untuk Anak Yatim SK Bandar Tawau

Sumbangan Hari Raya untuk anak anak yatim yang menjadi pelajar di SK Bandar Tawau.
Berbeza dengan tahun2 yang lepas, pada tahun ini Unit Kebajikan SK Bandar Tawau telah mengunjungi tempat tinggal anak anak yatim yang belajar di sekolah tersebut untuk menyerahkan sumbangan. 

Di samping menyampaikan sumbangan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin di kalangan ibu atau bapa dengan guru guru SK Bandar Tawau.

Untuk merealisasikan usaha ini, Unit Kebajikan SK Bandar Tawau telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lokasi kediaman pelajar ( anak yatim ) SK Bandar Tawau...

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Nya..
Insyaallah






Perjalanan dimulakan dengan lafaz Basmallah...

 Kawasan Airport Lama


 Kawasan Bandar ( Sabindo )
 Kg Tanjung Batu Laut






 Kampung Log Pong







 PPRT Taman Semarak





 En Roslan, En Sabrin@Safrill dan En Sulaiman

 Pn Noreil, Pn Mariamah Kuntum (Guru Besar Cemerlang) En Sufirman ( Bakal Boss Baru) En Roslan dan En Sulaiman












Biar setitik asal berkocak, biar setapak asal bergerak ..