Jumaat, 14 Februari 2014

Cara Semak Status Ujian Kompetensi ICT

Melihat rakan-rakan dalam sekolah seronok berkongsi akan keputusan Ujian Kompetensi ICT Guru, saya pun rasa tidak sabar untuk melihat sendiri akan keputusan Ujian ICT saya pula.Yelah dulu masa bulan September atau Oktober tahun lepas, terkial-kial jugak nak menjawab ujian ni. Walaupun ada beberapa rakan dari negeri lain yang berkongsi "rahsia" jawapan akan ujian ini, saya terpaksa 'berputih mata" saja kerana pada masa itu, saya mengetahuinya saat saya sudah pun selesai menjawab Ujian Kompetensi ICT ini. huhu.

Namun, saya kongsikan juga pautan untuk guru-guru mendapat panduan dan teladan contoh soalan yang ditanyakan dalam ujian tersebut dalam entri ini:( cer klik ) ---> Contoh Soalan Ujian Kompetensi ICT Guru. Bukan itu sahaja, saya kongsikan juga ( klik gak mende ni ) ---- >> cara menjawab Ujian ICT ini.

Cara Semak Status Ujian Kompetensi ICT Guru

Sekarang ini pula, apabila kita sudah boleh semak status Ujian Kompetensi ICT guru melalui talian, saya terfikir pula untuk berkongsi pautan dan cara semak status ujian anda dalam blog ini.Yelah kan, daripada blog ini terbiar sepi, uhuk..uhuk..ada faedahnya juga saya kongsi sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh kengkawan semua.Ok, jom kita tengok cara nak semak status terkini Ujian Kompetensi ICT bagi guru dan pentadbir.
  • Bila anda dah jumpa pautan tersebut, ia akan paparkan kotak dialog.Anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang HANTAR.
  • Kemudian, sistem akan paparkan status ujian Kompetensi ICT anda. Melalui Keputusan ujian ini akan diberitahu sama anda mendapat "Tahniah" atau "Maaf".
  • Sekiranya keputusan Ujian Kompetensi IC Tanda positif  ( tahniah ), maka anda akan mendapat sijil penghargaan daripada syarikat Microsoft.
Oklah kengkawan semua, kalau keputusan tak berapa nak memuaskan hati, jangan sedih atau kecewa,khabarnya depa akan sediakan kursus atau latihan yang sesuai untuk cikgu-cikgi yang belum menguasai ict ini.Harap yang baik-baik, maka akan datanglah yang baik-baik itu..:)  

Hehehehe ... Apa yg penting, sentiasa berkongsi ilmu ngan kengkawan...
Setitik x kan jadi melaut jika dipendam, setitik tetap berkocak jika kena caranya.

Tiada ulasan: