Ahad, 20 November 2016

Urusan Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah


Hasil carian imej untuk tukar Sekolah


Pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak.  Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, Di sini disenaraikan secara ringkar keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan.


DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN

1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual (diisi oleh sekolah asal)
2. 2 Salinan surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah / surat cerai
5. 2 Salinan surat hak penjagaan anak (kes cerai)
6. 2 Salinan Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. 2 Salinan Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan (Rujuk PPD masing-masing)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Salinan surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Salinan surat anak angkat (jika anak angkat)

KEMASUKAN MURID WARGANEGARA TANPA DOKUMEN SIJIL LAHIR
1. Perlu pengesahan kelahiran.
2. Anak Wargenegara.
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia.
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
5. Surat perakuan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
5. Membuat permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri. (rujuk PPD)

URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
    (kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita
    khas murid yang tidak boleh dipindahkan)

Rabu, 16 November 2016

Khamis, 27 Oktober 2016

Aktiviti Pasca UPSR - Pengurusan Jenazah


Dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, murid murid tahun enam di dedahkan tatacara pengurusan Jenazah.

Tahniah kepada semua yang terlibat, penyelaras Tahun Enam, Guru Guru Pendidikan Islam, Fasilotator. Semoga ilmu yang bermanafaat ini menjadi bekalan yang berguna kepada pelajar SKBT 



































Tapak Data Segak



Download Tapak Data Segak


Rabu, 26 Oktober 2016

Hasil carian imej untuk ujian segak sekolah rendah

 
 SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Konstruk yang diukur:
  • Perkembangan fizikal murid
  • Kecergasan
  • Senaman
Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
  • Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
  • Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
  • Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
  • Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama. 
  • Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  • Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
  • Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:
1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu; 
  • Komposisi badan 
  • Daya tahan kardiovaskular 
  • Daya tahan otot 
  • Kekuatan otot 
  • Kelenturan
Item Bateri Ujian
  1. Indeks jisim badan 
  2. Naik turun bangku 
  3. Tekan tubi 
  4. Ringkuk tubi separa 
  5. Jangkauan Melunjur
Ujian Indeks Jisim Badan
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
  1. Pengukur tinggi
  2. Penimbang berat
  3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
  1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
  1. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan  =         Berat badan (kg)
                                       Tinggi (m) x  Tinggi (m)
  1. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000) 
Ujian Naik Turun Bangku
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
  1. Bangku  - Ketinggian 30.5 cm
  2. Jam Randik
  3. Borang Skor
  4. Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
  1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
  2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
  3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
  1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
  2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
  3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
  4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
  5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
  6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
  7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
  8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
Ujian Tekan Tubi (Lelaki)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
  1. Kawasan lapang dan rata.
  2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
  3. Rakaman/ Metronome
Pengurusan dan organisasi:
  1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
  2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
  3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur:
  1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.  Badan diluruskan.
  2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
  3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
  4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
  5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
  6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
  7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
    1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
    2. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.


Ujian Tekan Tubi (Perempuan)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
  1. Kawasan lapang dan rata.
  2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
  3. Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
  1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
  2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
  3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit
Prosedur:
  1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok.  Kaki bersilang. Badan diluruskan.
  2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
  3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
  4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
  5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
  6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
  7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
    1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
    2. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Ringkuk Tubi Separa
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap  :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1.    Pita lekat  bersaiz 2.5 cm
2.    Pita ukur 
3.    Rakaman / CD/ Metronome
4.    Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1.    Lekatkan pita pelekat  secara selari pada lantai di kiri dan kanan.  Jarak antara pita adalah 10  cm.
2.    Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.
Prosedur :
1.    Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2.    Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah  dan tumit kaki sentiasa menyentuh  lantai.
3.    Buka kaki seluas bahu.
4.    Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5.    Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan  menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6.    Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7.    Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8.    Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9.    Murid B mengira ulangan perlakuan.
10.  Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1           Berasa tidak selesa.
10.2           Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome.
10.3           Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.
10.4           Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5     Tumit diangkat
Panduan guru
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:
1.    Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2.    Tumit diangkat.
3.    Badan/ bahu senget.
4.    Punggung terangkat.
5.    Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul
1.    Rapatkan belakang ke lantai.
2.    Bahu sentuh lantai.
3.    Rapatkan tumit ke lantai.
4.    Seimbangkan bahu/badan.
5.    Buka kaki.
6.    Bengkokkan lutut.
Ujian Jangkauan Melunjur
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1.    Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2.    Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1.    Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
  1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
  2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
  3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
  4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
  5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
  6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.