Isnin, 29 Julai 2013

Pengurusan KoKurikulum Sekolah

 
1.       Pelantikan Guru Penasihat
         
          1.1     Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996
          1.2     Penalti yang dikenakan adalah berdasarkan :
Peraturan 2 dalam peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997         seperti dalam Akta Kerajaan Jilid 42/no 11(tambahan No 41) Perundangan (A)P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
                   Penalti yang dikenakan tidak melebihi RM50 000 atau 2 tahun                            penjara
1.3     Semua peraturan tentang pengurusan kokurikulum sekolah hendaklah dirujuk pada dokumen/surat pekeliling yang dilampirkan/ yang telah sedia ada.
          1.4     “Perintah Am”
Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/ takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Perlanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan
          Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993:

                   4(2) Seseorang pegawai tidak boleh……
                             (g) Tidak bertanggungjawab;
                             (i)   ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa   
                                   cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah 
                                   sebagai ingkar perintah.

2.       Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan. Sila rujuk dan gunakan garis panduan yang disertakan.

          2.1     Semua sekolah diminta untuk menggunakan garis panduan                                 pengurusan kokurikulum seperti dalam lampiran 1.25 perkara yang                    dinyatakan dalam lampiran berkenaan hendaklah dipatuhi.(Rujuk                    Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997                      seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42/No.11 (Tambahan No.41)                            Perundangan ( A ) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2     Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi undang-undang adalah di bawah tanggungjawab Pengetua/Guru Besar.
2.3     Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi Surat  
Pekeliling Ikhtisas 9/2000(Kelulusan mestilah daripada Pengarah Pelajaran selaku Pendaftar).

2.4     Kutipan Yuran/Derma

2.4.1  Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya digantikan dengan istilah derma atau sumbangan.
                    2.4.2  Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta                                              1996 dan di bawah pengawasan Pengetua/Guru Besar.

2.5     Aktiviti

2.5.1  Aktiviti yang dirancang mestilah berorientasikan pendidikan,pengetahuan dan keperluan semasa.

2.5.2  Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan nilai dan tatasusila hendaklah dielakkan.

2.5.3  Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang tahun,tiada pengecualian bagi kelas peperiksaan,namun begitu pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kurikulum.

2.6     Pemantauan Penyeliaan Aktiviti Kokurikulum
         
2.6.1  Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah dilakukan oleh
                   pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan
                   keberkesanan pengurusan sesuatu badan          beruniform/kelab/persatuan.

2.7     Pelaporan/Dokumentasi

2.7.1  Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi dan
                   penilaian bagi setiap program yang dijalankan disekolah.

3.       Takwim Sekolah

3.1     Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh JPS/PPD.

3.2     Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas Desa, Sukan Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam Takwim Sekolah.3 jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di peringkat sekolah.

3.3     Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim Sekolah ke PPD pada atau sebelum 31 Januari 2005
(U.P : Penyelia Kokurikulum)

4.       Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
         
          4.1     Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah         
                    berdasarkan SPI / 1985

          4.2     Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua.

4.3     Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di kalangan Penolong Kanan,Guru Penyelaras Persatuan,Badan Berunifom dan Setiausaha Sukan.

4.4     Fokus,misi dan visi kokurikulum sekolah hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa.

          4.5     Satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan jawatankuasa
kurikulum sekolah hendaklah diadakan pada awal tahun untuk memastikan program sekolah bersifat bersepadu dan mempunyai halatuju yang sama.

          4.6     Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.

5.       Seni Mempertahankan Diri

          5.1     Semua Kelab Seni Mempertahankan Diri/Bela Diri
                    dimasukkan dalam Badan Beruniform.

5.2     Perlantikan personel atau jurulatih luar mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran JPS.
                    Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS 7780 – Panduan Penubuhan       
                    Dan Pengurusan Kelab TaekwonDo/Seni Mempertahankan Diri.

          5.3     Kebenaran Jurulatih Luar hendaklah diperbaharui setiap tahun.

5.4     Sekolah berhak menggantung akademi yang gagal mengikut memorandum persefahaman yang telah ditandatangani antara pihak sekolah dengan akademi tersebut.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS.77280 – Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Taekwon Do/Seni Mempertahankan Diri.


Seni Mempertahankan Diri

  1. Penubuhan Persatuan taekwando/Silat
1.1     Sila patuhi prosedur mengikut keperluan Akta Pendidikan 1996.

  1. Panduan menerima jurulatih luar melatih Persatuan Taekwando sekolah.

2.1     Jurulatih luar menghantar permohonan rasmi bersama dokumen sokongan untuk melatih ahli-ahli persatuan kepada pihak sekolah.

2.2     Pihak sekolah menyediakan memorandum persefahaman yang dipersetujui kedua-dua pihak.

  1. Surat permohonan jurulatih bersama-sama dokumen persefahaman dihantar ke PPD(Unit Pendaftaran).

4. PPD akan memberi kelulusan untuk melatih dan sah laku
sehingga 31.12.2005 sahaja.

5.       Persatuan dan jurulatih tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

5.1     Persatuan mempunyai rekod yang menunjukkan telah ditubuhkan dan didaftarkan di sekolah serta mempunyai sistem pengurusan yang teratur.(Rujuk Akta Pendidikan 1996:Peraturan-peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah) 1998*,

5.2     Setiap murid yang menjadi ahli persatuan ini adalah dengan kerelaan sendiri dan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

          5.3     Tiada unsur paksaan kepada mana-mana pihak.

5.4     Murid tidak boleh menjadi ahli secara langsung kepada badan luar yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.Sehubungan dengan itu,mereka tidak boleh dilibatkan dengan aktiviti badan induk jurulatih.

5.5     Yuran pendaftaran bagi tujuan yuran bersekutu dengan badan induk Jurulatih tidak dibenarkan untuk dikutip. 

5.6     Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan melainkan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Bila menyertai mana-mana pertandingan /aktiviti yang dianjurkan oleh pihak luar,hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar dan PPD.
5.7     Murid bagi sesuatu kumpulan atau unit latihan hendaklah dalam lingkungan umur yang tidak banyak bezanya.Di peringkat sekolah rendah,murid Tahap Satu dan Tahap Dua hendaklah berada di kumpulan berasingan.Sebaik-baiknya mereka hendaklah diasingkan kepada kelompok mengikut jantina (lelaki/perempuan).

5.8     Kurikulum Seni Bela Diri Taekwando hendaklah jelas dan terancang serta mampu menyediakan para pelajar untuk menyertai pertandingan yang diiktiraf oleh MSSM,SUKMA,SUKAN SEA dan peringkat dunia (OIC).

5.9     Kurikulum seni bela diri Taekwando juga perlu   jelas dalam hal-hal mengenai peringkat pencapaian   dan pensijilan.Pihak sekolah hendaklah mengatur kebenaran untuk tujuan yang berkenaan.

5.10   Pihak sekolah sahaja yang dibenarkan membuat kutipan wang daripada murid.

5.11   Pendaftar sekolah-sekolah berhak menyemak Imbangan Kewangan Kelab dari masa ke semasa mengikut peruntukan
“The Schools (Societis) regulation,1956(7)(2).

5.12   Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan oleh PPD/JPN sahaja yang boleh menjalankan aktiviti di sekolah.

5.13   Jurulatih dilarang mewakilkan kepada orang lain untuk melatih murid sekolah berkenaan.

5.14   Seorang Jurulatih akan hanya mengendalikan latihan kepada suatu kumpulan ahli yang tidak melebihi 25 orang pada setiap sesi latihan supaya pengawasan dan proses latihan dapat dijalankan dengan berkesan.

5.15   Pihak sekolah dan Jurulatih hendaklah mematuhi Panduan Menerima Jurulatih Luar dan kandungan Surat Persefahaman(MoU) antara pihak persatuan dan pihak jurulatih,termasuk bayaran perkhidmatan kejurulatihan sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja) sejam.

5.16   Jurulatih hendaklah menjaga etika sebagai seorang pendidik,sentiasa berbudi pekerti dan berpakaian kemas serta mematuhi segala peraturan,arahan yang sedang berkuatkuasa.

5.17   Sesi latihan tidak akan mengganggu kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.18   Setiap sesi latihan meestilah dihadiri dan diawasi oleh guru penasihat persatuan/kelab supaya tidak berlaku unsur-unsur pencabulan kehormatan murid dalam apa bentuk pun,secara langsung atau tidak langsung.Pastikan keselamatan pelajar terjamin.

5.19   Latihan yang dijalankan hanya melibatkan murid sekolah berkenaan sahaja.

5.20   Semua sesi latihan hendaklah diadakan di premis sekolah berkenaan sahaja,melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada PPD.

5.21   Melatih murid dari beberapa sekolah yang digabungkan adalah dilarang,melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada PPD.

5.22   Suatu sesi latihan tidak melebihi dua jam,iaitu pada ………………….dari jam …………………… hingga ……………… seperti yang dipohon.

5.23   Pihak sekolah diingatkan bahawa latihan yang dibuat di hari-hari cuti umum adalah dilarang sekiranya/kerana guru penasihat/bertugas tidak dapat hadir bersama untuk tugas penyeliaan dan pengawasan.

5.24   Guru,murid dan premis sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah dalam kawalan kerajaan.Pihak sekolah/PPD berhak menamatkan perkhidmatan atau membatalkan kebenaran kepada mana-mana jurulatih sekiranya terbukti telah melanggar syarat-syarat dan panduan yang tersebut di atas.

5.25   Pihak sekolah/persatuan hendaklah mematuhi Akta Pendidikan 1996;Peraturan-Peaturan Pendidikan (Persatuan / Kelab) 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil.9/2000;Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa   Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar   Kawasan Sekolah.

5.26   Sila patuhi peraturan keselamatan bagi aktiviti yang    berisiko tinggi.

5.27   Untuk kepentingan semua pihak,akademi seni   mempertahankan diri yang digunakan pihak sekolah mesti          akur dengan segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Ini termasuk penggunaan premis,latihan,yuran bulanan,jadual latihan (Penjadualan-dari segi pelaksanaan bilangan minit yang diperuntukkan hendaklah dipatuhi)dan kehadiran guru penasihat.

6.       Penilaian Aktiviti Kokurikulum

6.1     Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.2     Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap pencapaian hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan.

6.3     Sila ambil kira kes pelajar yang tidak dapat menyertai ketiga-         tiga aktiviti kerana terlibat dengan latihan bermusim/pusat apabila
          mewakili negeri/negara.Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah dibantu agar sekurang-kurangnya mendapat markah C secara keseluruhan.
         
6.4     Sekolah diingatkan untuk merekodkan markah tertinggi pelajar dalam tahun yang dinilai.Sebagai        contoh : markah pelajar semasa di Tahun 5 /    Tingkatan 4 digunakan,walaupun pelajar tersebut kurang/tidak mahu menyertai aktiviti kokurikulum semasa berada di Tahun 6/Tingkatan 5.Perkara ini tidak harus diumumkan kepada para pelajar.

6.5     Berdasarkan analisis markah penilaian kokurikulum,pihak sekolah diminta mengkaji semula           keberkesanan setiap program/aktiviti yang dijalankan.

6.6     Setiap sekolah hendaklah menghantar laporan keputusan penilaian kokurikulum setiap tahun selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November setiap tahun.

  1. Kegagalan/Enggan Menghadiri Aktiviti Kokurikulum.

7.1     Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Pihak sekolah akan berhadapan dengan masalah apabila ibu bapa enggan membenarkan anaknya menyertai aktiviti kokurikulum atas alasan-alasan tertentu.

7.2     Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini mestilah dimasukkan dalam Peraturan Kokurikulum Sekolah.

7.3     Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai wajibnya menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan yang sedia ada.

7.4     Ibu bapa menjawab masih tidak mahu anaknya menyertai aktiviti kokurikulum dan sanggup menerima apa sahaja bentuk tindakan.

7.5     Pihak sekolah memaklumkan secara rasmi bahawa anaknya akan mendapat pangkat E atau gagal dalam Sijil Penilaian Kokurikulum dan akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah.
(Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta     
kerajaan jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan

8.       Cuti Umum / Hari Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga.
                  
8.1     Pihak sekolah hendaklah menghormati keputusan kerajaan yang telah menetapkan cuti pada hari Sabtu pertama dan ketiga. Seboleh-bolehnya tidak diadakan    sebarang aktiviti sekolah.

8.2     Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan pelaksanaannya pada hari Sabtu berkenaan, hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu bapa.

9.       Kelas Fardhu Ain/Sekolah Agama Rakyat(SAR) Pada Setiap Hari           Rabu.

9.1     Persetujuan membenarkan murid sekolah rendah keluar pada hari Rabu untuk aktiviti kokurikulum telah dipersetujui oleh JAIS,Surat makluman daripada JAIS telah dihantar kepada semua SAR.

9.2     Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan pelaksanaannya pada hari Sabtu yang berkenaan hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu bapa.

10.     Majlis Rasmi Sekolah/Pengendalian Majlis Rasmi.

10.1   Pihak sekolah diminta menubuhkan jawatankuasa protokol sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua/guru besar.
10.2   Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa,Guru Agama dan melantik secara rasmi dua orang juruacara sekolah.

10.3   Pihak sekolah diminta melengkapkan keperluan protokol seperti rostrum sekolah,troli hadiah dan walkie-talkie.

10.4   Dalam mengebdalikan majlis rasmi yang melibatkan tetamu kehormat,sila dapatkan khidmat nasihat         dari PPD/JPS.

          10.5   Protokol di PPD/JPS adalah di bawah Unit Perhubungan Awam.
                   Rujuk SPI Bil.10/1989

11.     Peruntukan Khas Kokurikulum/Motivasi Tahun 2005

11.1   Semua sekolah diminta untuk menghantar satu salinan perbelanjaan peruntukan kokurikulum 2005 ke Pejabat Pelajaran Daerah (U.P : Penyelia Kokurikulum) pada atau sebelum 30 Mei 2005 dan 30 September 2005.

11.2   Perbelanjaan peruntukan ini mestilah mengikut garis panduan/peraturan yang ditetapkan oleh Unit Kewangan,JPS.

11.3   Dimaklumkan peruntukan khas untuk kokurikulum
tahun 2005   akan diteruskan.Pihak sekolah diminta untuk
membelanjakan peruntukan ini sehingga akhir tahun.

12.     Perlantikan Sebagai Pengerusi Aktiviti Peringkat Daerah.

12.1   Sila gunakan borang pelantikan/surat yang telah disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

12.2   Pengerusi diminta memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kecil dan memastikan bidang tugas           dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

12.3   Jika tarikh pelaksanaan aktiviti peringkat daerah tidak begitu sesuai,Jawatankuasa berhak membuat pindaan dan memaklumkan kepada PPD.Sebaik mungkin,tarikh berkenaan hendaklah bersesuaian dengan tarikh peringkat negeri.




13.     Pertandingan / Aktiviti Peringkat Daerah.

          13.1   Pihak sekolah sepatutnya telah membuat perancangan awal                               dan latihan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah.

          13.2   Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti beberapa aktiviti yang                           menjadi teras utama pasukan sekolah.Persiapan,latihan dan                                 pembentukan pasukan hendaklah dibuat perancangan secara                        sistematik dan tidak secara ‘ad-hoc’.

          13.3   Sekolah dikehendaki menentukan target pencapaian untuk                                  melahirkan pasukan yang bekualiti.

          13.4   Kebajikan guru/murid yang menyertai pertandingan peringkat                             daerah mestilah diambil kira/diberi keutamaan.

14.     Data Kokurikulum.

          14.1   Sila lengkapkan borang yang diberi dan kembalikan ke Pejabat                           Pelajaran Daerah pada atau sebelum 31 Januari 2005
                   (U.P : Penyelia Kokurikulum)

          14.2   Sekolah juga boleh menghantar data berkenaan dalam bentuk                            disket mengikut format borang yang disediakan.

15.     Permohonan Cuti Tanpa Rekod / Surat Pelepasan

          15.1   Badan NGO memohon cuti tanpa rekod untuk guru/kakitangan                            sekolah mestilah menghantar permohonan tersebut kepada                                 JPS(Unit Kokurikulum).
          15.2   Cuti latihan pasukan sukarela.
          15.3   Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan                                                    pertubuhan/persatuan
          15.4   Cuti kursus-kursus lain.
          15.5   Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama.
          15.6   Cuti untuk masuk peperiksaan
          15.7   Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
          15.8   Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan.
                   (Rujuk Perintah Am Kerajaan (Bab C) – 41-43 dan 44-47.)
15.9   Sekolah yang inginkan surat pelepasan dari PPD untuk guru- guru bertugas dalam aktiviti kokurikulum dikehendaki mengemukakan salinan nama guru-guru yang terlibat seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

16.     Tuntutan Perjalanan/Harian/Elaun Makan Dalam Aktiviti   Kokurikulum

16.1   Guru-guru/pegawai yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum layak membuat tuntutan perjalanan,elaun harian,elaun makan,lojing berdasarkan        kelayakan dan pekeliling sedia ada.

16.2   Semua tuntutan hendaklah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan dihantar terus ke Jabatan Pelajaran Selangor mengikut prosedur biasa.

17.     Garis Panduan / Peraturan Dalam Aktiviti Kokurikulum

17.1   Semua sekolah diminta menyediakan garis panduan/peraturan keselamatan secara bertulis melibatkan aktiviti-aktiviti berikut :
                                      a.       Perkhemahan.
                                      b.       Lawatan sambil belajar/pelancongan.
                                       c.       Penggunaan alatan sukan yang berisiko tinggi.
                                      d.       Aktiviti-aktiviti lasak.
                                      e.       Aktitiviti yang melibatkan air.

18.     Akta Pelancongan 1957.

18.1   Pihak sekolah yang ingin membuat lawatan/melancong mesti mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

          18.2   Lima orang pelajar,satu kenderaan,satu destinasi
          mestilah memenuhi keperluan Akta Pelancongan 1957.

          18.3   Peraturan keselamatan dan langkah-langkah
          keselamatan secara bertulis hendaklah diberi kepada  
          pelajar-pelajar sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.

          18.4   Sebarang lawatan rasmi anjuran sekolah perlu buat
          makluman rasmi kepada pihak ibu bapa/penjaga murid.

19.     Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa

19.1   Frasa yang menyatakan ‘pihak sekolah tidak bertanggungjawab’ tidak boleh digunakan lagi.Sila Rujuk surat pekeliling.

19.2   Aktiviti yang memerlukan tindakan segera,borang kebenaran boleh ditandatangani oleh warden(sekolah berasrama penuh)Bagi sekolah harian biasa,borang kebenaran yang telah ditantangani hendaklah dibawa hari       program/aktiviti dijalankan.

19.3   Walau bagaimanapun,borang berkenaan tidak   dianggap sebagai dokumen yang sah dari sudut undang-undang.

19.4   Sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga yang membenarkan anaknya      menyertai aktiviti kokurikulum dalam tempoh tahun berkenaan.

19.5      Semua pelajar mestilah menyertai Skim Insuran Takaful.


20.     Tunas Kadet Remaja Sekolah / Kadet Ramaja Sekolah

20.1   Organisasi ini kepunyaan dan dilahirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

20.2   Setiap sekolah diminta untuk menubuhkan Pasukan Kadet Remaja/Tunas Kadet Remaja.

          20.3   Sila rujuk dengan Pengerusi Teknik KRS Daerah untuk          
                    mengemaskini pengurusan dan pentadbiran KRS/TKRS         
                    sekolah.

20.4   Pihak sekolah diminta untuk memastikan sistem kenaikan pangkat pelajar sehingga ke Pegawai Waran.

20.5   Pemakaian pangkat dan gelaran dalam KRS/TKRS-sila rujuk panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

21.     Penubuhan Kelab Setia / Kelab Rukunegara.
         
21.1   Sekolah diminta menubuhkan Kelab Setia (Kementerian Penerangan)/Kelab Rukunegara (Jabatan Perdana Menteri).
         
          22.2   Sila dapatkan garis panduan penubuhan kelab ini melalui PPD.

22.3   Kelab ini bertujuan menyemai semangat cinta   dan sayangkan Negara.

22.     Program Terima Kasih , Integrasi Pelajar dan   Perpaduan(RIMUP).

          22.1   Pihak sekolah diminta memasukkan ketiga-tiga unsur ini                                     dalam semua program yang diadakan disekolah.

          22.2   Penekanan kepada kedua-dua unsur ini amat penting dan                                    perlu ditegaskan dan diterjemahkan untuk meningkatkan                                 sahsiah pelajar.

23.     Program Pra Khidmat Negara – peranan pihak sekolah

23.1   Program ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit Kokurikulum setiap sekolah.Setiap sekolah wajib melaksanakan progran ini.
23.2   Kumpulan Sasaran ialah pelajar tingkatan 4 yang tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum .
24.3   Pihak sekolah hendaklah mengesahkan penyertaan pelajar dalam program Pra Khidmat Negara dalam Sijil Berhenti Sekolah.

25.     Pusat Kokurikulum Negeri (PKN)

25.1   Penggunaan Pusat Kokurikulum Negeri – berhubung    terus dengan PKN (salinan kepada PPD) dan membuat tempahan awal serta bergantung kepada kekosongan.

25.2   Semua aktiviti yang dijalankan di PKN perlu menitikberatkan aspek keselamatan.

25.3   Penggunaan tapak dan khemah adalah percuma.Walau bagaimanapun,sumbangan sebanyak RM 5 setiap peserta akan dikenakan.

          25.4   Maklumat PKN /permohonan:
                   Penolong Pengarah : En.Ibrahim b. Saad.(019-3022450)
                                                  Pusat Kokurikulum N.Selangor
                                                  Kem Tekali,Hulu Langat.

26.Penghargaan dan Pengiktirafan Guru/Personel kokurikulum

26.1   Penghargaan adalah wajib diberikan kepada guru dan pelajar yang telah memberi sumbangan dalam aktiviti kokurikulum.

26.2   GPK Kokurikulum dikehendaki memberi sumbangan kepada guru dan personel yang terlibat secara aktif dalam meningkatkan kualiti pendiddikan.

27.     Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah

          27.1   Hari Kokurikulum boleh dijadikan acara tahunan sekolah.

27.2   Setiap sekolah perlu menetapkan hari di mana pelajar perlu memakai pakaian badan beruniform yang disertai.

27.3      Pihak sekolah boleh menggunakan sedikit peruntukkan Kokurikulum/Motivasi untuk tujuan ini.


28.     Majlis Pemuafakatan PK Kokurikulum

28.1      GPK Kokurikulum digalakkan menubuhkan majlis pemuafakatan ini.


29.     Pelantikan Pengerusi Pengelola Pertandingan Kokurikulum

29.1      PPD akan mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada pihak sekolah yang akan menjadi pengelola aktiviti kokurikulum               
anjuran PPD.

30.     Pelantikan Pegawai Teknik Kokurikulum Daerah

30.1      Mulai tahun 2005,PPD akan cuba melantik pegawai teknik bagi setiap aktiviti kokurikulum terutamanya badan berunifom.

31.         Pengelolaan Aktiviti Peringkat Daerah Dan Negeri


31.1   Semua sekolah yang dilantik menjadi Pengerusi Pengelola dikehendaki menubuhkan jawatankuasa dan merujuk kepada garis panduan yang disediakan.

Ahad, 28 Julai 2013

Dasar 1Murid 1Sukan

MATLAMAT.

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi

“Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi”

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia


STRATEGI PELAKSANAAN

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut
bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPI
Bilangan 1/1989).Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategi -strategi berikut:

i) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu.

ii) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan.

iii) Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar     
    sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.

iv) Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan
     oleh murid.

v) Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah
.
vi) Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
     Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM).

vii) Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah.

viii) Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah
      program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah  yang sesuai dan selamat.

ix) Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian
     berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.

x) Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan
    sekolah.

xi) Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang dijalankan.

xii) Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan sekolah.