Ahad, 29 Jun 2014

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak



  • SABAH Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
    • ZON 2 - Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
    • ZON 3 - Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
    • ZON 4 - Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
    • ZON 5 - Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
    • ZON 6 - Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
    • ZON 7 - Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
    • ZON 8 - Bahagian Pedalaman Atas: Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
    • ZON 9 - Bahagian Pedalaman Bawah: Tenom, Longpasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang 
    .
  • WILAYAH PERSEKUTUAN Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Labuan
    .
  • SARAWAK Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
    • ZON 2 - Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
    • ZON 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
    • ZON 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
    • ZON 5 - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
    • ZON 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
    • ZON 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
    • ZON 8 - Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
    • ZON KHAS - Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan
    .
  • JOHOR  Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
    • ZON 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau Berhampiran
    • ZON 3 - Daerah Pontian dan Kluang
    • ZON 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
    .
  • PAHANG Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Pulau Tioman
    • ZON 2 - Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
    • ZON 3 - Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
    • ZON 4 - Raub, Bentong dan Lipis
    • ZON 5 - Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
    • ZON 6 - Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland
    .
  • TERENGGANUJadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Kuala Terengganu dan Marang
    • ZON 2 - Besut dan Setiu
    • ZON 3 - Hulu Terengganu
    • ZON 4 - Kemaman dan Dungun
    .
  • KELANTAN Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)
    • ZON 2 - Jajahan Jeli, Gua Musang (Termasuk Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
    .
  • NEGERI SEMBILAN Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Jempol dan Tampin
    • ZON 2 - Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu
    .
  • MELAKA Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Seluruh Negeri Melaka
    .
  • WILAYAH PERSEKUTUAN Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Kuala Lumpur dan Putrajaya
    .
  • SELANGOR Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
    • ZON 2 - Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
    .
  • PERAK  Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
    • ZON 2 - Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
    • ZON 3 - Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
    • ZON 4 - Temengor dan Belum
    • ZON 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
    • ZON 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
    • ZON 7 - Bukit Larut
    .
  • PULAU PINANG Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Seluruh Negeri Pulau Pinang
    .
  • KEDAH Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
    • ZON 2 - Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
    • ZON 3 - Daerah Padang Terap dan Sik
    • ZON 4 - Daerah Baling
    • ZON 5 - Daerah Kulim dan Bandar Baharu
    • ZON 6 - Daerah Langkawi
    • ZON 7 - Puncak Gunung Jerai
    .
  • PERLIS Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Perlis

Ahad, 8 Jun 2014

Ponteng

                                      



Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.
Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain.
Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah.
Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.



  

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. 
 
 
Punca Peningkatan Disiplin
 
  1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah
  2. Pengaruh media elektronik
  3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
  4. Pengaruh rakan sebaya
  5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang                
 


Sabtu, 7 Jun 2014


                                



Teknik membaca betul semasa belajar


            Membaca, apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca merupakan satu proses memperolehi maklumat yang melibatkan panca indera seperti penglihatan dan sentuhan dan kemudian maklumat dibawa ke otak untuk diproses (memahami) dan disimpan.
Membaca adalah satu-satunya cara untuk mendapat pelbagai jenis informasi (ilmiah, hiburan dan sebagainya). Cuba fikirkan, bahawa di mana-mana atau pada bila masa saja kita akan membaca sama ada secara tidak langsung atau secara langsung.
Kepentingan membaca untuk memperolehi ilmu dinyatakan dalam surah al-Alaq yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w, yang menekannya bahawa tulis dan baca itu adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Ayat pertama surah ini bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

Dengan membaca kita akan memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti tulisan dan gambarajah (termasuk graf, rajah berlabel, peta, jadual, carta, peta minda dan sebagainya).

            Di sini penulis ingin menumpukan perhatian mengenai kaedah membaca dalam pembelajaran (diaplikasikan apabila pertama kali menelaah pelajaran tersebut dan matapelajaran yang mengandungi banyak fakta).
  1. Setiap apa yang ingin kita lakukan kita perlu ada niat yang baik. Dengan ini kita membaca kerana kita ingin memperoleh ilmu dan memahami apa yang dibaca. (Sebagai seorang Islam kita perlu memulakan dengan doa atau dengan membaca “Bismillah”).

  1. Pastikan anda dalam keadaan tenang dan lapangkan fikiran anda. Minda anda diibaratkan sebagai sebuah botol yang kosong bersedia dan menanti untuk dipenuhi dengan ilmu yang berguna.

  1. Lihat sekali imbas. Perhatikan sebarang tajuk-tajuk besar dan kecil dalam pelajaran tersebut. Perhatikan kepada carta, graf, jadual, apparatus, soalan-soalan dan apa saja yang terkandung dalam pelajaran tersebut. Ini betujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai intipati pelajaran tersebut. Ada antara buku yang sudah mempunyai carta ringkas tersendiri yang mempunyai tajuk-tajuk yang ditekankan dalam sesuatu pelajaran.

  1. Sekarang mulakan membaca secara komprehensif. Ingat ketika anda membaca anda perlu menitikberatkan 2 perkara iaitu:
“Baca (perhati) dan Berfikir (Faham)”

  1. Baca setiap perenggan demi perenggan/sub-topik demi sub-topik. Pastikan anda menggaris/meng’hightlight’ kata-kata kunci bagi pelajaran tersebut.

  1. Jangan meneruskan pembacaan ke perenggan atau sub-topik yang seterusnya sekiranya anda tidak betul-betul memahami atau mengingat sesuatu fakta. Perlahankan momentum bacaan anda di bahagian yang didapati sukar.

Anda boleh menguji sama ada anda faham/ingat dengan apa yang dibaca dengan menulis/melakar semula fakta-fakta, rajah-rajah,formula-formula yang penting ke dalam suatu kertas ‘conteng’* yang sentiasa berada di sisi anda. Lakukannya tanpa melihat atau merujuk.

  1. Anda juga boleh melakukan gambaran semula apa yang dibaca oleh anda dengan membayangkan apa yang telah anda baca. Selepas itu cuba bercakap dengan kuat (sekadar dengar di telinga) apa yang telah anda baca dan tulis.

  1. Peringkat akhir pembacaan anda seharusnya mampu untuk menceritakan semula apakah perkara-perkara / subtopik-subtopik yang penting dalam sesuatu pelajaran.
Sebagai contoh : Dalam mempelajari mengenai Enzim; subtopik-subtopiknya adalah
-          Apakah itu enzim?
-          Fungsi enzim?
-          Faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan enzim?
  1. Setelah selesai menelaah sesuatu mata pelajaran, sebagai seorang Islam kita baca Alhamdulillah.


Tip :
-          Jangan mencampur adukkan maklumat dengan membaca pelbagai jenis maklumat dalam satu sela masa yang sama. Ini akan menyebabkan maklumat yang dibaca akan tidak tersusun dengan baik.
-          Cuba kaitkan sub-topik atau pelajaran antara satu sama lain.
-          Ingat! Tulis dan baca adalah satu proses yang perlu diulang-ulang. Anda boleh memperkemaskan nota ‘conteng’* anda selepas anda selesai menelaah sesuatu pelajaran. Sama ada dalam peta konsep, peta minda atau nota ringkas (Terpulang kepada anda). Ini membolehkan anda mengingat dengan lebih baik. Jangan takut untuk rujuk semula.
-          Anda juga perlu anda kemahian “abbre” iaitu kependekan perkataan. Contohnya: perkataan Yang boleh dipendekkan Yg atau anda boleh menggunakan simbol, warna, gambar dan sebagainya yang mana memberi pemahaman terhadap apa yang anda tuliskan.

 


Menjana Kecemerlangan Sekolah



5 Situasi Sekolah.

1. Sekolah Bergerak (Moving School).
- Menggalakkan kemajuan dan perkembangan pelajar.
- Bekerja bersama untuk membawa perubahan dan terus berkembang.
- Memiliki matlamat, visi dan misi yang jelas.
- Bersemangat dan memiliki kemahiran merealisasi kecemerlangan sekolah.

2. Sekolah Mengekal Prestasi ( Cruising School).
- Dapat mengekalkan kualiti pendidikan.
- Sekolah biasanya terletak di kawasan bandar.
- Pelajar berusaha sendiri tanpa bergantung kepada pihak sekolah.
- Tidak menyedia pelajar untuk menghadapi dunia yang berubah.

3. Sekolah Berkembang Sederhana ( Strolling School).
- Tidak berapa berkesan.
- Bergerak perlahan untuk menghadapi perubahan.
- Matlamat tidak jelas dan kekadang bercanggah membantut peningkatan.


4. Sekolah Merangkak (Struggling School).
- Diketahui umum sebagai sekolah tidak berkesan.
- Banyak masa dan tenaga digunakan untuk pemajuan sekolah.
- Sentiasa cuba melaksana perubahan dengan pelbagai pendekatan.
- Sekolah ini akhirnya akan berjaya.


5. Sekolah Tenggelam (Sinking School).
- Sekolah yang tidak dipedulikan dan tidak berkesan.
- Staf tidak bermotivasi.
- Ibu bapa kurang mengutamakan pelajaran.
- Sekolah berada di luar bandar atau pedalaman.
- Sekolah ini perlu diberi sokongan dan diremaja untuk penjenamaan semula.


Beberapa Prinsip Kecemerlangan Sekolah.

Organisasi sekolah perlu memiliki beberapa prinsip yang menjadi dasar utama sekolah seperti berikut:-

1. Budaya (etos) sekolah berteraskan tauhid, iman dan takwa.
2. Ada konsensus di kalangan pihak pengurusan dan warga sekolah.
3. Ada perancangan strategik dan pelaksanaan pelan tindakan yang realistik dan boleh
di terima oleh semua peringkat surbodinat.
4. Matlamat, visi dan misi sekolah yang jelas hala tuju.
5. Berfokus kepada pelanggan tanpa diskriminasi dan perasangka.
6. Sentiasa memberi pengiktirafan kepada anggota organisasi.
7. Wujud perasaan dan semangat setiakawan sejati dan bekerja sepasukan.
8. Mengutamakan kepada kualiti dan menuju ke arah kecemerlangan.
9. Sumber digunakan secara maksimum dan berhemat.
10. Melaksana penilaian prestasi berterusan.
11. Sentiasa mengadakan sesi perkembangan staf.



Stail Kepemimpinan Pengetua.

1. Kepemimpinan Strategik / Visionari.
- Pelbagai dimensi.
- Fungsional.

2. Kepemimpinan Teknikal
- Kejelasan logikal.
- Membina matlamat dan dasar.
- Memasti semua warga sekolah beertanggongjawab ke atas kejayaan sekolah.
- Mengadakan sokongan teknikal untuk merancang, menyelaras dan melaksana dasar.


3. Kepemimpinan Kemanusiaan.
- Memberi sokongan.
- Mengalak penyertaan dan penglibatan.
- Meningkatkan komitmen dan rasa kepuasan warga sekolah.
- Menggalakkan hubungan positif antara warga sekolah.


4. Kepemimpinan Politik.
- Mendorong dan membina semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan warga
sekolah.
- Memberi sokongan dan mengatasi konflik.


5. Kepemimpinan Budaya.
- Inpirasi.
- Karismatik.
- Berjaya membina budaya (etos) sekolah.
- Berjaya merealisasi wawasan, nilai dan norma sekolah ke atas individu dan
kumpulan organisasi sekolah.


6. Kepemimpinan Pengajaran.
- Menggalakkan kemajuan profesional di kalanagn warga sekolah.
- Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
- Membuat dianogsis ke atas masalah pendidikan.
- Memberi bimbingan dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran.

7. Kepemimpinan Autokratik.
- Tiada perkongsian visi dan misi.
- One men show.
- Peranan dan tanggungjawab ditetapkan secara tegas.
- Norma berasaskan pematuhan.
- Program sekolah dilaksana berasas logik tidak berasas.
- Kurang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Pencapaian pelajar ke arah kemerosotan.
- Staf sentiasa stres.

8. Kepemimpinan ” Laissez Faire”.
- Guru-guru melaksana program yang tidak berkaitan (Bebas).
- Kurang perkongsian matlamat, visi dan misi.
- Bersifat individualistik, kurang kerja sepasukan teapi bekerja berpasukan.
- Peranan dan tanggongjawab tidak dimuktamadkan.
- ”Tompokan” inovasi berdasar kelas cemerlang dan kelas lemah.
- Pencapaian keseluruhan pelajar lemah dan statik.

Pengetua Berkualiti.

1. Ada keinginan dan cita-cita untuk menjadi pemimpin contoh dan cipta sejarah indah.
2. Berkeupayaan meningkatkan keilmuan dan kemahiran berterusan.
3. Memiliki dan menghayati kualiti peribadi yang hebat dan disegani.
4. Mengutama prinsip bermusyawarah ke arah kerja berjemaah.
5. Mempunyai ketajaman minda dan kesucian hati.
6. Sentiasa menghayati doa dan tawakal.
7. Mengambil iktibar pemimpin terdahulu.


5 Citra Seorang Pengetua.

1. Diiktiraf (Recognise).
2. Disokong (Support).
3. Dihormati (Respect).
4. Diterima sepenuhnya (Accepted Unconditionally).
5. Dihargai (Appreciate).

Faktor Kritikal Kejayaan Pengetua Merealisasi Kecemerlangan Sekolah.

1. Kepemimpinan berwawasan, profesional dan bersifat transfomasional.
2. Kejelasan matlamat, visi dan misi.
3. Sumber diguna secara optimum dan berhemat.
4. Ada keberanian melaksana perubahan dan pejenamaan semula.
5. Keinginan dan berupaya melaksana proses input, throughput dan output.
6. Ada komitmen dan keazaman yang bersungguh-sungguh.
7. Kesanggupan bekerja secara luarbiasa.
8. Keyakinan diri dan sanggup melaksana pembaharuan.
9. Kesedaran kepada keperluan untuk berubah.
10. Membentuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.
11. Memiliki kemahiran komunikasi berkesan.
12. Berupaya pupuk kemesraan.
13. Berpegang kepada prinsip keagamaan.


Rumusan Faktor Utama Kecemerlangan Sekolah.

1. Kesesuaian kepemimpinan pengetua
2. Pengetua sebagai pemimpin pengajaran.
3. Kepimpinan berwawasan dan profesional.
4. Kesungguhan guru melaksana proses pengajaran.
5. Pengajaran terarah.
6. Kesediaan pelajar hendak belajar.
7. Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah kondusif.
8. Hubungan erat dan semangat jati diri yang tinggi di kalangan guru, murid dan
ibu bapa.
9. Pemantauan pemajuan murid secara konsisten.
10. Fokus ke atas pengajaran dan pembelajaran sebagai tugas utama.
11. Mempunyai matlamat, visi dan misi bersama
12. Bekerja dengan niat yang betul.
13. Perkembangan staf sentiasa diberi keutamaan.


kredit :noddenberek