Ahad, 2 Mac 2014

Peraturan Bilik Darjah


 

Definisi peraturan:
"Kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah" (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel 2008).
"Segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb}dan harus diturut atau dipatuhi (Kamus Dewan edisi ke-4 2005)

 

Prinsip Membentuk Peraturan
1.Munasabah mengikut tahap bilik darjah
2.Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami
3.Bermakna dan dipersetujui
4.Hadkan bilangan peraturan
5.Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
6.Selaras dengan peraturan sekolah

 

CONTOH PERATURAN BILIK DARJAH:
1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.

2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.

3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.

4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.

5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.

6. Elakkan pembaziran.

7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.

8. Tidak menipu.

9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.

10. Sentiasa mematuhi arahan guru
 

Tiada ulasan: