Jumaat, 10 Januari 2014

Contoh ...




SURAT PELANTIKAN GURU PENASIHAT PERSATUAN & KELAB KOKURIKULUM

Rujukan Tuan          :
Rujukan Kami          :
Tarikh                      :

,
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau,
Peti Surat 214, 91007 Tawau,
Sabah.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH  KEBANGSAAN BANDAR TAWAU

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Pergerakan Pengakap, Sekolah Kebangsaan BandarTawau berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 .

2.             Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3.             Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap

Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………….
(_____________________)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau.

s.k.           1.             Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
                2.             Guru Penolong Kanan Kokurikulum
                3.             Fail Peribadi
                4.             Fail Pengakap







 .................................................................................................................................................................................................................









SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN & KELAB

  • Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  • Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
  • Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  • Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti  terkandung dalam Perlembagaan.
  • Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
  • Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan persatuan atau kelab masing-masing.
  • Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
  • Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
  • Mendaftarkan persatuan atau kelab masing-masing kepada Pengetua atau Badan Induk.
  • Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
  • Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah/ negeri dan kebangsaan dengan baik.
  • Mengiringi ahli  dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
  • Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
  • Menandatangani Buku/ Borang Kehadiran Ahli Persatuan atau Kelab.
  • Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan persatuan atau kelab yang diwakili.
  • Memastikan ruang papan kenyataan yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya.
  • Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
  • Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
  • Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program yang bakal dijalankan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: