Jumaat, 16 Mei 2014

Dulu Dan Sekarang






Santai Pagi – Beza Ibu Bapa Dahulu Dan Sekarang | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Selaku seorang yang pernah merasa kehidupan zaman kanak-kanak tahun 90-an elok benar kiranya Dr Fuh kongsikan sebuah artikel perbandingan zaman-zaman yang Dr Fuh pernah lalui dengan zaman sekarang. Memang sangat jauh bezanya. Walaupun ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak setuju, namun inilah hakikatnya. Percaya atau tidak? Jom layan…

• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.

• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.

• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok BPL, MLM .

• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.

• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah

• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.

• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel

• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.

• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang. – Sumber

Tiada ulasan: