Pendekatan Masteri bermaksud strategi dan pendekatan mengajar yang
bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran
dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi tinggi.
Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p iaitu ciri-giri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti p&p, Bahan p&p, Nilai-nilai murni dan Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p.
Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.
Ciri-ciri Guru
Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus menyayangi semua pelajar, yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti. Mencintai mata pelajaran yang diajar. Guru harus Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru mesti merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Mesti bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah dan guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu iaitu pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan.
Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka
belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita,
penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan,
berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan dan Pelajar
kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau
melakukan sesuatu seperti Menulis atau melukis sesuatu, membuat latihan,
kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk
menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus
menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan
kinestetik beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai
model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.
Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri
Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang
berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukan Syarahan, Penerangan,
Penjelasan, Huraian, Demonstrasi, Bercerita, Pembacaan dan Memberi nota
Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana
pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat
latihan Penerangan, penjelasan, huraian, Perbincangan, Inkuiri
Penemuan, Bacaan, Sumbangsaran, Demostrasi oleh pelajar Kerja amali
Eksperimen, Projek Kuiz, Penyelesaian masalah, Reka cipta
Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, Main peranan, Lakonan
Simulas, Membuat nota sendiri, Lawatan Pengajaran berprogram,
Pembelajaran berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri). Guru
harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan
dan kekurangan.
Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai
bahan pengajaran dan pembelajaran, menyusun dan menggunakan kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran
supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang
sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan,
pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang
dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut
kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat
analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan
ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.
Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan
menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran dan
menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian
pelajar.
Rumusan
Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.
Guru harus mengambil kira unsur-unsur
gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran
seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau
aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada
pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi
yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta
menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.
Guru harus juga
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek
atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau
kelas. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya
pembelajaran lebih berkesan. Dalam p&p guru harus menyerapkan
nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang.
Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah
mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan
membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.
Bibliografi
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://www.teachersrock.net/masteri1.htm
http://www.scribd.com/doc/414811/Pembelajaran-Masteri
Bibliografi
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://www.teachersrock.net/masteri1.htm
http://www.scribd.com/doc/414811/Pembelajaran-Masteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan