Khamis, 30 Januari 2014

Menafaatkan Sarana Ibubapa Dan Sarana Sekolah

  

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif.

Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar. 

Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah. 

Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan.
Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat. 

Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan. 

Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak. 

Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik. 

Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah. 

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini. 

Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak. 

Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.

Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran. 

Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM.

Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan. 

Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah. 

Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah. 

Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut. 

Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.

Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. 

Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap. 

Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.
Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah. 

Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak. 

Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Tempat Kedua Keseluruhan Sempena MSSZBT

Ketua Jurulatih En Hamiruddin





Atlet Sk Bandar Tawau bersama Mariamah Kuntum ( Guru Besar ) 
En Roslan Adam ( Jurulatih )

 Guru Besar meraikan atlet sekolah












 Meraih Tempat Ke Dua Keseluruhan dalam Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar.
Murid Sk Bandar Tawau juga berjaya menggondol Olahragawan dalam majlis sukan tersebut.Tahniah kepada jurulatih Olahraga Sekolah.
1 - En Hamiruddin ( Ketua Jurulatih )
2 -En Zalimi
3 -En Roslan Adam
4 -Cik Farhana

Hasil Awal - Program Sarana Ibu Bapa

Hasil Kerjasama Ibubapa dengan guru Kelas, hasilnya amat membanggakan.. Tahniah untuk semua 

Kelas Cikgu Rafidah

 Kelas Ustazah Naemah Cik Mat



Kelas Ustazah Amiza


Kelas Cikgu Izura

Kelas Cikgu Zalimi

--------------------------------------------------------------

Kelas yg kondusif untuk pembelajaran murid


Kelas Cikgu Rohani Nahu


Higher Order Thinking Skill ( HOTs )

Bahan Kursus HOTs (Higher Order Thinking Skills) Dalam Sains dan Matematik


  1. HOTs (Higher Order Thinking Skills) Dalam Sains
  2. HOTs (Higher Order Thinking Skills) Dalam Matematik
  3. Kajian TIMSS dan PISA - Status Pencapaian Malaysia
  4. Capacity Building Series - Asking Effective Question
  5. Senarai Kata Kerja dan Contoh Kata Soal Dalam Sains
  6. Senarai Kata Kerja Meta-Perwakilan Dalam Matematik
  7. TIMSS Released Items (Science Themes)
  8. TIMSS Released Items (Mathematics)
  9. Borang Maklum Balas Latihan Dalaman HOTs (Sains)
  10. Borang Maklum Balas Latihan Dalaman HOTs (Matematik)

  11. Bahan KBAT Sains
   13.  Bahan Sumber Matematik

Ahad, 19 Januari 2014

33 Ciri Pelajar Cemerlang


 

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
 
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—- 

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Sumber:tipspelajarcemerlang

Rabu, 15 Januari 2014

21 Teknik Pembelajaran Yang Betul Dan Berkesan

 
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
 
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.



Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
 
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Ketiga – Gunakan masa awal pagi
 
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


Keempat – Buat nota ringkas
 
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
 
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.


Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
 
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
 
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.


Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
 
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

 
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.


Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
 
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

 
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
 
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

 
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.


Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
 
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

 
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.


Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
 
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.


Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
 
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.


Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
 
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.


Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
 
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


Kesimpulan 
 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.


Sumber:tipbelajar

Menjaga Harta Benda Sekolah

  

Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama diantara guru, pelajar dan pekerja. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, disamping bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta sekolah. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan ialah:

* Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat

* Melaporkan kerosakan kepada guru yang berkenaan

* Setelah menggunakan sesuatu peralatan, hendaklah diletakkan ketempat asalnya dengan baik

* Menjaganya seperti harta sendiri

* Bergotong-royong membaik pulih peralatan yang rosak
Peraturan Penggunaan Harta Benda Sekolah

* Harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat

* Sesiapa yang merosakkan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan

* Harta benda sekolah yang dipinjam mesti dipulangkan dalam keadaan baik

* Harta benda sekolah yang rosak atau hilang mesti diganti

Akibat Jika Merosakkan Harta Benda Sekolah

* Murid akan ditegur oleh guru

* Pembaziran akan berlaku

* Akan menyusahkan orang lain

* Dikenakan tindakan disiplin
Kebaikan Menjaga Harta Benda Sekolah

* Dapat digunakan dengan sebaik mungkin

* Suasana didalam kelas menjadi selesa dan ceria

* Mendapat pujian dan penghargaan

Adab Menjaga Kebersihan Sekolah

* Mematuhi peraturan sekolah

* Menggunakan tong sampah yang disediakan

* Menggunakan tandas dengan betul

* Menjalankan tugasan yang ditetapkan
Sebab Perlu Menjaga Kebersihan Sekolah

* Supaya kelihatan bersih, cantik dan ceria

* Pengajaran dan pembelajaran menjadi selesa

* Menarik minat dan dicontohi

* Menaikkan imej sekolah

* Kesihatan terjamin

Hikmah Menjaga Kebersihan Sekolah

* Menimbulkan rasa seronok ketika belajar

* Mengekalkan keindahan dan keceriaan persekitaran sekolah

* Menjauhkan penyakit berjangkit

* Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan

* Melambangkan kesucian agama Islam 


kredit:mindamubin