Pendidikan prasekolah merupakan agenda pendidikan yang utama selain daripada agenda besar pendidikan yang lain. Beberapa aktiviti lain seperti pengurusan aktiviti berkaitan kokurikulum dan ko akademik prasekolah juga perlu dilaksanakan bertujuan:
1. Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
2. Memberi peluang kepada murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan
berketrampilan.
3. Menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama rakan sebaya serta
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
4. Mendidik murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.
5. Menghargai keindahan alam dan persekitaran yang dialami.
PERTANDINGAN BERCERITA
Meningkatkan kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta murid berkeyakinan untuk melibatkan diri secara aktif. Melahirkan insan yang berketrampilan dan membina minda yang sihat dan cerdas.
PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN
Dapat memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan, mengcungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui nyanyian dan gerakan.Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor murid di samping nilai estetika.
PERTANDINGAN MEWARNA
Dapat membantu murid melatih daya membuat banding beza antara warna harmonis dan gabungan. Ini juga membantu mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang senilukis.
SUKANEKA
Bertujuan menengahkan kebolehan, bakat serta kemampuan fizikal dalam aktiviti ko kurikulum di peringkat prasekolah bagi meningkatkan keyakinan diri murid. Mewujudkan semangat bekerjasama dikalangan rakan sepasukan untuk mencapai kejayaan.
LAWATAN
Mewujudkan pembelajaran luar kelas yang menyeronokkan serta menarik. Murid lebih teruja dan mampu menimba ilmu yang lebih melalui pengalaman sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan