Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana
pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report Of
The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut
dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan
semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan
kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan
kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang
ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan
muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam
masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru
melalui seminar,
persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu
lebih berkesan.
Tema hari guru
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan
Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan
Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan
Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan
Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf
Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan
tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan