Guru di Rumah : Teknik ringkas untuk Mengajar Anak Di Rumah
Pendidikan tidak formal bermula daripada rumah ,ibubapa merupakan rujukan awal anak-anak untuk bersedia menghadapi pendidikan secara formal di sekolah. Berikut merupakan teknik ringkas yang boleh membantu ramai ibubapa untuk mengajar anak mereka di rumah.
# SABAR
Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat bengis. Ada di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham sesuatu yang mereka rasa senang.
Ketika mendidik, anda perlu sentiasa menerapkan perasaan sabar. Objektif anda menjadi guru di rumah adalah untuk memastikan anak-anak anda tahu apa yang mereka perlu tahu dan faham apa yang mereka belajar di sekolah atau lebih tepat memantau prestasi pelajaran anak-anak anda.
#PENYESUAIAN DIRI
Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan anak-anak anda. Cara mereka mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain. Anak anda mungkin akan lebih cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan gambar rajah, peta minda atau lain-lain. Anda perlu peka keadaan anak anda.
Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran anak anda. Barulah anda tentukan teknik yang sesuai untuk mendidik anak anda. Sebenarnya, memantau dan mengajar anak belajar di rumah adalah lebih baik dari menghantar mereka ke tuisyen. Ini kerana, kita tidak tahu sama ada anak anda suka atau memperoleh sesuatu jika anda menghantar mereka ke sana.
#MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJAAN ANAK DIRUMAH
Anda perlu mengenal pasti gaya pembelajaran anak anda. Ada 3 jenis pelajar yang ada wujud di dalam dunia ini. Iaitu pelajar visual iaitu pelajar yang boleh belajar melalui pembacaan. Audiotori iaitu pelajar yang lebih banyak mendengar dan suka berbincang (study group). Seterusnya pelajar yang mengabungkan 3 jenis gaya ini ke dalam ciri dan gaya pembelajaran mereka. Iaitu kinestetik, visual dan audiotori. (Pendek kata semua gaya pembelajaran dikuasai)
#POSITIF DARIPADA SEGENAP ASPEK
Positif bermakna bagus. Dalam proses anda mendidik anak anda di rumah, aura positif perlu di terapkan. Tiada peraturan yang menyatakan kita perlu memarahi manusia yang bodoh atau kurang pandai dalam pelajaran. Anda perlu tenang dan sentiasa terapkan aura positif di dalam aktiviti pembelajaran.
Contohnya, jika anak anda berjaya menyelesaikan satu masalah atau memahami sesuatu yang agak sukar atau berjaya ke peringkat seterusnya, anda puji atas kejayaan mereka. Jadi, mereka akan sentiasa bersemangat kerana mereka rasa usaha mereka di hargai.
Bagi anak yang lambat faham atau melakukan kesalahan. Jangan hukum mereka, tetapi beri galakan kepada mereka dengan cerita motivasi atau tenangkan fikiran mereka. Jangan beri tekanan, biar masa yang mematangkan mereka.
Untuk anak yang degil dan malas, anda perlu hukum mereka dengan lembut. Bagi mereka yang degil, jika kita melayan mereka dengan terlalu lembut, mereka akan pijak kepala. Jika kita layan mereka dengan terlalu keras, mereka akan mula memberontak. Jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan mereka adalah tidak mengendahkan mereka.
Jangan berleter atau memarahi mereka tetapi cakap dengan lembut pada mereka bahawa anda tidak suka kalau anak anda degil. Selepas itu, jangan endahkan mereka. Anak tersebut pasti akan mula sedar dan akan mendengar cakap anda. Pujuk mereka yang anda mahu mereka jadi pandai demi masa hadapan. Jangan gelojoh, biar masa yang tentukan segalanya.
Anak adalah segalanya. Kadangkala, anak anda tidak perlu menjadi terlalu pandai tetapi cukuplah mereka tahu bagaimana hendak berdikari nanti. Beri peluang pada otak anak anda untuk berkembang dengan sendirinya. Biarkan masa menentukan semuanya. Sama ada anak anda menjadi doktor, kerani, guru atau apa sahaja, biarlah mereka dengan takdir mereka. Asalkan mereka mampu berdikari dengan sendiri, anda sudah berjaya menjadi ibu bapa kepada mereka.
Kredit : teamrobotrph
Tiada ulasan:
Catat Ulasan