NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan 
jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang 
terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita 
mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang 
sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang 
sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           
v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah 
menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup 
semua tingkap.
          
vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang 
melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        
vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, 
asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke 
klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU
| 
 
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
 | 
 
Status 
 | 
 
Tahap Pencemaran 
 | 
 
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan 
 | 
| 
 
0-50 
 | 
 
Baik 
 | 
 
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum 
 | 
  | 
| 
 
51-100 
 | 
 
 Sederhana 
 | 
 
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum 
 | 
  | 
| 
 
101-200 
 | 
 
Tidak sihat 
 | 
 
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi. 
 | 
  | 
| 
 
201-300 
 | 
 
Sangat tidak menyihatkan 
 | 
 
Tahap 
pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh 
memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi  
 | 
  | 
| 
 
301-400 
 | 
 
Berbahaya 
 | 
 
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. 
 | 
  | 
| 
 
401-500  
 | 
 
Berbahaya 
 | 
 
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. 
 | 
  | 
| 
 
500 ke atas 
 | 
 
Darurat 
 | 
 
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. 
 | 
  | 
 info Kementerian Kesihatan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan