TUGAS GURU DARJAH
- Memupuk budaya bersalaman,memberi salam,berterima kasih dan budaya sekolahku rumahku di kalangan murid-murid.
 - Bertanggungjawab atas kebersihan murid dan bilik darjah.
 - Menyusun bilik darjah agar sentiasa berkadaan kemas dan bersih.
 - Menyediakan sudut kenyataan,sudut bacaan,sudut-sudut pembelajaran dan sebagainya dalam bilik darjah.
 - Mnegawal perabot-perabot dalam bilik darjah.
 - Menyediakan senarai peralatan di dalam bilik darjah.
 - Mengemaskini rekos PKBS,program Nilam dan fail murid.
 - Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh pejabat kesihatan.
 - Mameastikan nama murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran.
 - Mengawasi buku teks yang dipinjam murid-murid.
 - Mengemaskini buku jadual kedatangan murid.
 - Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.
 - Menyediakan jadual waktu darjah.
 - Mengemaskini buku rekod mengajar.
 - Menyediakan jadual tugas mingguan pelajar.
 - Mengisi pelbagai borang yang dikehendaki dari semasa ke semasa.
 - Berkerjasama dengan pelawat,penyelia dan sebagainya.
 - Mengelolakan urusan peperiksaan.
 - Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama 3 hari berturut-turut.
 - Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa murid yang mengalami masalah kesihatan,kelakuan dan sebagainya.
 - Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Guru Besar.
 
TUGAS GURU MATAPELAJARAN
- Melahirkan rasa penuh keinsafan,belas kasihan,timbang rasa dan bertanggungjawab terhadap semua murid.
 - Menyediakan target pencapaian setiap mata pelajaran.
 - Menyediakan dengan sebaik-baiknya rancangan pembelajaran.
 - Memecahkan mata pelajaran kepda tajuk,gerak kerja serta mencatatkan alat-alat yang perlu dan sesuai digunakan.
 - Menyediakan carta-carta bahan bantu mengajar dan lembaran kerja bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran.
 - Membuat saranan melalui panitia mata pelajaran bagi menyediakan buku-buku panduan dan rujukan yang terbaik.
 - Mengadakan perbengkelan untuk menyediakan soalan-soalan/penilaian bahan bantu mengajar dan sebagainya.
 - Memastikan alat-alat yang digunakan bagi setiap mata pelajaran mencukupi.
 - Memastikan semua buku kerja murid dihantar mengikut bilangan yang diarahkan untuk disemak.
 - Menyediakan pengunjuran mata pelajaran untuk setiap murid-murid Tahap 2.
 
TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN / AJK PANITIA
- Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang dikemaskini.
 - Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran.
 - Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji sertamencari jalan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
 - Menentukan jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
 - Bertanggungjawab untuk menentukan pembelian alatan.
 - Menyemak buku latihan dan rampaian murid-murid.
 - Membuat anggaran pembelajaran tahunan dengan persetujuan pihak sekolah.
 - Bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar.
 - Mengadakan mesyuarat panitia setiap 3 bulan sekali atau lebih kerap.
 - Menganjurkan kursus dalaman untuk guru-guru panitia
 - Menentukan aktiviti sepanjang tahun beserta tarikh jangkaan.
 - Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
 
TUGAS GURU PENYELARAS
- Menentukan keselarasan dalam semua aspek P&P.
 - Menentukan keselarasan soalan-soalan ujian peperiksaan.
 - Menganalisa keputusan peperiksaan bagi semua mata pelajaran serta mengkaji dan mencari jalan secara persepakatan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
 - Menyelia pengunjurandan bersama-sama guru kelas serta guru mata pelajaran menyediakan pengunjuran Tahap 2.
 - Bertanggungjawab untuk memantau dan membantu memastikan kebersihan dan kelengkapan peralatan kelas.
 - Membantu pentadbir sekolah unutk menyelia P&P dan menyelia buku kerja apabila diperlukan.
 - Mengadakan mesyuarat atau perbincangan bersama untuk mencari persetujuan bersama terutama dalam P&P.
 - Bersama-sama bertanggungjawab mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar.
 - Memastikan semua program yang dirancang untuk kelas berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 - Memaklumkan kepada pihak pentadbiran sebarang masalah.
 - Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
 
TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
- Berada di sekolah 10 minit sebelum loceng pertama berbunyi.
 - Memberikan perhatian terhadap kebersihan dan disiplin murid serta kepatuhan kepada peraturan sekolah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
 - Membuat pengumuman tentang program-program dan aktiviti-aktiviti dalam minggu ia bertugas.
 - Mengurus budak sakit,mengalami kecederaan adan mendapat kebenaran menningglakan sekolah.
 - Melawat kantin sekolah,termasuk tempat memasak dan menyediakan makanan serta mengawasi kebersihan dan peraturan kantin.
 - Mengurus dan mengendalikan perhimpunan sekolah pagi Isnin.
 - Mengawasi tatatertib pelajar di kantin.
 - Memastikan pihak pengusaha kantin dan pekerja-pekerja mematuhi peraturan.
 - Melawat dan mengawasi kebersihan bilik darjah,surau,pusat sumber,tandas dan lain-lain.
 - Menyediakan laporan dalam buku laporan bertugas.
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan