Teknik membaca betul semasa belajar
Membaca,
apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca merupakan satu proses
memperolehi maklumat yang melibatkan panca indera seperti penglihatan dan
sentuhan dan kemudian maklumat dibawa ke otak untuk diproses (memahami) dan
disimpan.
Membaca adalah
satu-satunya cara untuk mendapat pelbagai jenis informasi (ilmiah, hiburan dan
sebagainya). Cuba fikirkan, bahawa di mana-mana atau pada bila masa saja kita
akan membaca sama ada secara tidak langsung atau secara langsung.
Kepentingan membaca
untuk memperolehi ilmu dinyatakan dalam surah al-Alaq
yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w, yang menekannya bahawa tulis dan baca itu adalah kunci kepada ilmu
pengetahuan. Ayat pertama surah ini bermaksud :
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”
Dengan membaca kita
akan memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti tulisan dan gambarajah
(termasuk graf, rajah berlabel, peta, jadual, carta, peta minda dan
sebagainya).
Di sini penulis ingin
menumpukan perhatian mengenai kaedah membaca dalam pembelajaran (diaplikasikan
apabila pertama kali menelaah pelajaran tersebut dan matapelajaran yang
mengandungi banyak fakta).
- Setiap apa yang ingin kita lakukan kita perlu ada niat yang baik. Dengan ini kita membaca kerana kita ingin memperoleh ilmu dan memahami apa yang dibaca. (Sebagai seorang Islam kita perlu memulakan dengan doa atau dengan membaca “Bismillah”).
- Pastikan anda dalam keadaan tenang dan lapangkan fikiran anda. Minda anda diibaratkan sebagai sebuah botol yang kosong bersedia dan menanti untuk dipenuhi dengan ilmu yang berguna.
- Lihat sekali imbas. Perhatikan sebarang tajuk-tajuk besar dan kecil dalam pelajaran tersebut. Perhatikan kepada carta, graf, jadual, apparatus, soalan-soalan dan apa saja yang terkandung dalam pelajaran tersebut. Ini betujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai intipati pelajaran tersebut. Ada antara buku yang sudah mempunyai carta ringkas tersendiri yang mempunyai tajuk-tajuk yang ditekankan dalam sesuatu pelajaran.
- Sekarang mulakan membaca secara komprehensif. Ingat ketika anda membaca anda perlu menitikberatkan 2 perkara iaitu:
“Baca (perhati) dan Berfikir
(Faham)”
- Baca setiap perenggan demi perenggan/sub-topik demi sub-topik. Pastikan anda menggaris/meng’hightlight’ kata-kata kunci bagi pelajaran tersebut.
- Jangan meneruskan pembacaan ke perenggan atau sub-topik yang seterusnya sekiranya anda tidak betul-betul memahami atau mengingat sesuatu fakta. Perlahankan momentum bacaan anda di bahagian yang didapati sukar.
Anda boleh menguji sama ada anda faham/ingat
dengan apa yang dibaca dengan menulis/melakar semula fakta-fakta,
rajah-rajah,formula-formula yang penting ke dalam suatu kertas ‘conteng’* yang sentiasa berada di sisi anda. Lakukannya tanpa melihat atau merujuk.
- Anda juga boleh melakukan gambaran semula apa yang dibaca oleh anda dengan membayangkan apa yang telah anda baca. Selepas itu cuba bercakap dengan kuat (sekadar dengar di telinga) apa yang telah anda baca dan tulis.
- Peringkat akhir pembacaan anda seharusnya mampu untuk menceritakan semula apakah perkara-perkara / subtopik-subtopik yang penting dalam sesuatu pelajaran.
Sebagai contoh : Dalam mempelajari mengenai Enzim;
subtopik-subtopiknya adalah
-
Apakah
itu enzim?
-
Fungsi
enzim?
-
Faktor-faktor
yang mempengaruhi tindakan enzim?
- Setelah selesai menelaah sesuatu mata pelajaran, sebagai seorang Islam kita baca Alhamdulillah.
Tip :
-
Jangan mencampur adukkan maklumat dengan membaca pelbagai jenis maklumat dalam satu sela masa yang sama. Ini
akan menyebabkan maklumat yang dibaca akan tidak tersusun dengan baik.
-
Cuba kaitkan sub-topik atau pelajaran antara satu sama
lain.
-
Ingat! Tulis dan
baca adalah satu proses yang perlu diulang-ulang.
Anda boleh memperkemaskan nota ‘conteng’* anda
selepas anda selesai menelaah sesuatu pelajaran. Sama ada dalam peta konsep,
peta minda atau nota ringkas (Terpulang kepada anda). Ini membolehkan anda
mengingat dengan lebih baik. Jangan takut untuk rujuk semula.
-
Anda
juga perlu anda kemahian “abbre” iaitu
kependekan perkataan. Contohnya: perkataan Yang
boleh dipendekkan Yg atau anda boleh
menggunakan simbol, warna, gambar dan sebagainya yang mana memberi
pemahaman terhadap apa yang anda tuliskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan