Assalamualaikum,
SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Berikut adalah aduan saya:
1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer
versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman
sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada
browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di
exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan
beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti
ini?
2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut
sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi
lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih
selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di
Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di
seluruh dunia.
3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara
ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan
Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem
tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux,
Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang
berpuluh juta ini.
4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak
boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet
Explorer.
5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS
yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh
beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru
terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid
yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan
tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.
Saranan saya :
1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan
sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang
develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer
(versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara.
Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem
ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun
2013.
2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah.
Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama
terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam,
bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar
pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?
Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan
semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara
begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi
beratus ribu pengguna.
Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di
capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan
terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak
compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.
Wassalam
Guru IT.
Sumber:sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan