Sabtu, 19 Julai 2014

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Doa malam lailatul-qadr


Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
Bagaimana dengan para muslimah yang didatangi haid, bagaimana caranya mereka hendak memenafaatkan 10 malam yg akhir ramadhan?



Jumaat, 18 Julai 2014

Tugas Dan Tanggungjawab Guru




TUGAS GURU DARJAH

  • Memupuk budaya bersalaman,memberi salam,berterima kasih dan budaya sekolahku rumahku di kalangan murid-murid.
  • Bertanggungjawab atas kebersihan murid dan bilik darjah.
  • Menyusun bilik darjah agar sentiasa berkadaan kemas dan bersih.
  • Menyediakan sudut kenyataan,sudut bacaan,sudut-sudut pembelajaran dan sebagainya dalam bilik darjah.
  •  Mnegawal perabot-perabot dalam bilik darjah.
  • Menyediakan senarai peralatan di dalam bilik darjah.
  • Mengemaskini rekos PKBS,program Nilam dan fail murid.
  • Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh pejabat kesihatan.
  • Mameastikan nama murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran.
  • Mengawasi buku teks yang dipinjam murid-murid.
  • Mengemaskini buku jadual kedatangan murid.
  • Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.
  • Menyediakan jadual waktu darjah.
  • Mengemaskini buku rekod mengajar.
  • Menyediakan jadual tugas mingguan pelajar.
  • Mengisi pelbagai borang yang dikehendaki dari semasa ke semasa.
  • Berkerjasama dengan pelawat,penyelia dan sebagainya.
  • Mengelolakan urusan peperiksaan.
  • Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama 3 hari berturut-turut.
  • Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa murid yang mengalami masalah kesihatan,kelakuan dan sebagainya.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU MATAPELAJARAN
  • Melahirkan rasa penuh keinsafan,belas kasihan,timbang rasa dan bertanggungjawab terhadap semua murid.
  • Menyediakan target pencapaian setiap mata pelajaran.
  • Menyediakan dengan sebaik-baiknya rancangan pembelajaran.
  • Memecahkan mata pelajaran kepda tajuk,gerak kerja serta mencatatkan alat-alat yang perlu dan sesuai digunakan.
  • Menyediakan carta-carta bahan bantu mengajar dan lembaran kerja bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran.
  • Membuat saranan melalui panitia mata pelajaran bagi menyediakan buku-buku panduan dan rujukan yang terbaik.
  • Mengadakan perbengkelan untuk menyediakan soalan-soalan/penilaian bahan bantu mengajar dan sebagainya.
  • Memastikan alat-alat yang digunakan bagi setiap mata pelajaran mencukupi.
  • Memastikan semua buku kerja murid dihantar mengikut bilangan yang diarahkan untuk disemak.
  • Menyediakan pengunjuran mata pelajaran untuk setiap murid-murid Tahap 2.

TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN / AJK PANITIA
  • Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang dikemaskini.
  • Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran.
  • Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji sertamencari jalan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
  • Menentukan jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
  • Bertanggungjawab untuk menentukan pembelian alatan.
  • Menyemak buku latihan dan rampaian murid-murid.
  • Membuat anggaran pembelajaran tahunan dengan persetujuan pihak sekolah.
  • Bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar.
  • Mengadakan mesyuarat panitia setiap 3 bulan sekali atau lebih kerap.
  • Menganjurkan kursus dalaman untuk guru-guru panitia
  • Menentukan aktiviti sepanjang tahun beserta tarikh jangkaan.
  • Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU PENYELARAS
  • Menentukan keselarasan dalam semua aspek P&P.
  • Menentukan keselarasan soalan-soalan ujian peperiksaan.
  • Menganalisa keputusan peperiksaan bagi semua mata pelajaran serta mengkaji dan mencari jalan secara persepakatan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
  • Menyelia pengunjurandan bersama-sama guru kelas serta guru mata pelajaran menyediakan pengunjuran Tahap 2.
  • Bertanggungjawab untuk memantau dan membantu memastikan kebersihan dan kelengkapan peralatan kelas.
  • Membantu pentadbir sekolah unutk menyelia P&P dan menyelia buku kerja apabila diperlukan.
  • Mengadakan mesyuarat atau perbincangan bersama untuk mencari persetujuan bersama terutama dalam P&P.
  • Bersama-sama bertanggungjawab mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar.
  • Memastikan semua program yang dirancang untuk kelas berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
  • Memaklumkan kepada pihak pentadbiran sebarang masalah.
  • Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
  • Berada di sekolah 10  minit sebelum loceng pertama berbunyi.
  • Memberikan perhatian terhadap kebersihan dan disiplin murid serta kepatuhan kepada peraturan sekolah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Membuat pengumuman tentang program-program dan aktiviti-aktiviti dalam minggu ia bertugas.
  • Mengurus budak sakit,mengalami kecederaan adan mendapat kebenaran menningglakan sekolah.
  • Melawat kantin sekolah,termasuk tempat memasak dan menyediakan makanan serta mengawasi kebersihan dan peraturan kantin.
  • Mengurus dan mengendalikan perhimpunan sekolah pagi Isnin.
  • Mengawasi tatatertib pelajar di kantin.
  • Memastikan pihak pengusaha kantin dan pekerja-pekerja mematuhi peraturan.
  • Melawat dan mengawasi kebersihan bilik darjah,surau,pusat sumber,tandas dan lain-lain.
  • Menyediakan laporan dalam buku laporan bertugas.

Sumbangan Untuk Anak Yatim

Majlis penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim di SKBT.

Ini adalah kali ke dua SKBT menyalurkan Sumbangan Hari Raya kepada anak Yatim yg belajar di SKBT

Kali pertama berlangsung 15 Julai 2014











                                                                         
Kali ke dua pada 18 Julai 2014












                                                    

Sabtu, 5 Julai 2014

Kisah Wang Kertas RM1 Dan RM100





Wang kertas RM1 dan RM100 kini diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.


Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."


Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"


RM100 menjawab; "Belum pernah"


RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."


Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


MORAL : Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.


kredit:cikgu ikin

Jumaat, 4 Julai 2014

Kelebihan Bulan Ramadhan


                                        
 
1. Dibelenggu para syaitan dan jin.
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)


2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.