Ahad, 27 April 2014

Menjelang Peperiksaan -


Dalam masa menjelang peperiksaan, pelajar hendaklah menentukan ulangkaji pelajaran telah dibuat dengan baik.  Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diperhatikan:

Persediaan malam sebelum peperiksaan
  1. Baca nota ringkas di kad-kad ulang kaji.
  2. Semak kotak pensil.
  3. Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan.
  4. Cuba lakukan latihan rileks.
  5. Sediakan perkara-perkara seperti:
    -  kad pengenalan
    -  pakaian seragam sekolah
    -  kasut sekolah
    -  lencana sekolah.
  6. Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik.
Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan.
  1. Duduk dengan tenang.
  2. Berdoa.
  3. Baca keseluruhan kertas soalan.
  4. Rancangkan jawapan.
  5. Proses.  Jawab mengikut kehendak soalan.
  6. Pastikan tulisan anda senang dibaca.
  7. Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5-8 minit terakhir.

Khamis, 24 April 2014

Format surat untuk kegunaan Guru Dan Staff Sekolah -




MINIT CURAI
 



Kepada:                       Guru Besar,
                                    SK. Bandar Tawau,
                                    Peti Surat 214,
91007 Tawau.
Melaui:                        -
Daripada:                    Kasoma  Thia,
                                    Ketua Pembantu Tadbir,
                                    SK. Bandar Tawau,
                                    Peti Surat 214,
                                    91007 Tawau.
Salinan kepada:           Penolong Kanan Pentadbiran,
                                    SK. Bandar Tawau,
                                    Peti Surat 214,
                                    91007 Tawau.

Perkara:           KURSUS PENULISAN SURAT RASMI, MEMO DAN PELAPORAN
                        BAGI ANGGOTA KHIDMAT PELAKSANA SEKOLAH.

Tarikh: 12 - 13 Februari 2014 ( Rabu -  Khamis)
Masa:               8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat:           SJK ( C ) Sin Hwa, Tawau
Pakaian:           Rasmi 

1.          LATAR BELAKANG KURSUS

1.1         Kursus ini dianjurkan oleh Unit Latihan Pejabat Pendidikan Daerah, Tawau.
Rujukan surat panggilan kursus adalah: PPDTW/500-11/3 ( ), Bertarikh: 27 Januari 2014.

1.2         Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Halik Bin Abdusukor dariUnit Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah,Tawau. Kursus ini dihadirioleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Kumpulan Pelaksana dari beberapa buah sekolah di daerah Tawau. Kursus ini dikendalikan oleh 4 orang Urusetia dari Pejabat Pendidikan  Daerah Tawau dan seorang Penceramahdari Unit Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

1.3         Tujuan Kursus ini adalah untuk :-

1.3.1     Memenuhi keperluan kursus 7 hari setahun Unit Penjawat Awam.

1.3.2    Memberi pendedahan tentang tatacara penulisan surat rasmi yang  berkualiti.

1.3.3    Memberi tunjuk ajar tentang tatacara penulisan Minit Curai.



2.          ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

a)       Encik Jamaludin bin Martin memberitahu senarai nama sekolah yang belum menghantar Laporan Instrumen berkursus 7 hari. Penghantaran Laporan tersebut adalah pada bulan September dan Disember. Pihak sekolah jugahendaklah menghantar Borang Instrumen Kopentensif. Kegagalan dalampenghantaran Borang Instrumen Kopentensif akan menggagalkan AnggotaKumpulan Pelaksana dipanggil berkursus kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan memilih pegawai-pegawai tertentu untuk mengikuti kursusyang dianjurkan berpandukan Borang Instrumen Kopentensif tersebut.

b)      Encik Jamaludin bin Martin menjelaskan kepada peserta-peserta kursus agarmengisi borang Penilaian Kursus PK 06-41 dan PK 06-3 yang diedarkan oleh penganjur kursus. Borang tersebut hendaklah dihantar pada masa kursus tersebut. Manakala Borang PK 06-5 iaitu Borang Instrumen keberkesananprogram BPSH/JPN/PPW/PPD pula akan dihantar sebulan selepas kursus.

c)      Pada slot kursus penulisan surat rasmi, penceramah menyatakan bahawa format penulisan surat rasmi akan sentiasa berubah-ubah mengikut pekeliling dari masa ke semasa. Setakat ini format penulisan surat rasmi telah berubah sebanyak 4 kali. Agensi – agensi yang terlibat dalam membuat format penulisan surat rasmi adalah Intan, IAB, MAMPU dan Unit Protokol.

d)      Encik Abdul Halik bin Abdusukor turut menjelaskan lima prinsip penulisan surat yang perlu ditekankan dan dititik beratkan dalam setiap penulisan surat. Lima prinsip tersebut iaitu 4C+1P; Correct (betul), Clear (jelas), Comprehensive (lengkap), Concise (ringkas) dan Polite (bersopan). Format penulisan surat tersebut adalah seperti contoh berikut ;





 Contoh  surat

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU
PETI SURAT 214, 91007 TAWAU, SABAH
No. Telefon : 089-772866 / No. Faks : 089-776082
E-mel : xba3051@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________

“MENERAJUI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Ruj. Kami: XBA3051/500-8/01( )
Tarikh: 13 Mac 2014

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Unit Latihan
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat 499
91007 Tawau
(u.p: Encik Jamaluddin bin Martin)

Tuan,

PENGEMBALIAN BORANG INSTRUMEN KEBERKESANAN (PK06-5) SERTA MINIT CURAI BAGI PN. KASOMA THIA DAN PN. KASMAH HJ. HASAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

…2.                 Bersama-sama ini disertakan dua salinan Borang Instrumen Keberkesanan (PK06-5) dan dua salinan Minit Curai seperti Lampiran 1 untuk rujukan tuan.

3.                 Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


Saya yang menurut perintah,


( MARIAMAH BINTI KUNTUM )
Guru Besar
SK Bandar Tawau
Tawau, Sabah

s.k Fail

MARIAMAH/suma


 






SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU
PETI SURAT 214, 91007 TAWAU, SABAH
No. Telefon : 089-772866 / No. Faks : 089-776082
E-mel : xba3051@gmail.com
_____________________________________________________________________________________________

“MENERAJUI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Ruj. Kami: XBA3051/800-1( )
Tarikh     : 03 Januari 2014

Guru Besar
Semua Penolong Kanan
Semua Guru
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau

Tuan/Puan,

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.                 Sukacita dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut di atas seperti ketetapan berikut ;

a.              a.                 Tarikh:            11 Januari 2014
b.              b.                 Masa:              8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
c.              c.                 Tempat:          Makmal ICT Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau

…3.                 Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan puan adalah diwajibkan. Bersama ini disertakan Agenda Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama 2014  seperti Lampiran 1 untuk rujukan tuan

4.                 Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


Saya yang menurut perintah,



(                                             )
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau


s.k
Fail

PKKOKUM/setiausaha

                                                                                                             

3.           ULASAN/CATATAN GURU BESAR


..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

Sekian


Disediakan Oleh

(                                                  )
Penolong Kanan Kokurikulum
SK. Bandar Tawau

Tarikh:  24.04.2014