Gotong royong Perdana 2017, SK Bandar Tawau dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru telah di adakan pada 30 September 2017.
Majlis perlancaran gotong royong ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Nizam merangkap bekas pelajar sekolah tersebut.
Selain guru guru, ibu bapa, murid tahun enam SKBT, gotong royong ini juga di sertai oleh Majlis Perbandaran Tawau, Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tawau, Angkatan Pertahanan Awam Tawau, Safari Off Road Club Tawau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Tawau dan Rejimen 516 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Kukusan Tawau.
Jutaan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak di dalam menjayakan Program ini.....
Sabtu, 30 September 2017
Isnin, 31 Julai 2017
Hormati Guru Kalau Ingin Berkat Dan Berjaya Dalam Pelajaran
Guru
adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja
perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti
akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan
kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek
kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang
membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru
siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera
dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita
sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita
menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya.
Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru
meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti
mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu
mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah
dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah
diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari,
sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah
seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat
sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi
kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam
anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi
kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau
memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie "
Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu
masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing
yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir
tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal
kambing-kambing mereka.
Aku
pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu
menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki
belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak
mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku
dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu
sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan
menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan
ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan
guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru
malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini
amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah
berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat
banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal
dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang
tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap
ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan
sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan
mereka.
Mereka
mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang
tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang
mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan
mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah
s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan
kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali
disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta
takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru.
Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu
perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah
dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan
menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan
penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas
mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika
mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan
guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu
'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah
s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan
kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu.
Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu
'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah
hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka
menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka
begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.
Kredit : Khaulah Azwar
Jumaat, 23 Jun 2017
Gelagat Guru Guru SKBT Raya 2017
Terima Kasih Cikgu Rafidah... Usaha Anda Menghasilkan Klip Video Ini...
Ahad, 14 Mei 2017
Panduan Pengisian Borang Keberhasilan
Assalamualaikum dan salam muafakat SKBT
Untuk panduan guru guru yang masih tertanya tanya bagaimana cara untuk mengisi borang keberhasilan guru. Guru guru boleh download panduan mengisi borang KEBERHASILAN menerusi link berikut:-
CONTOH_KEBERHASILAN_GURU_AKADEMIK_2017.xlsx
Panduan Pengisian Keberhasilan :-
PANDUANPENGISIAN KEBERHASILAN
Sabtu, 29 April 2017
Pertandingan Seni Muzik Kreatif Peringkat Kebangsaan 2017
Assalamualaikum dan Salam Muafakat SKBT...
Tahniah kepada Gurindam Busker SKBT kerana telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Seni Muzik Kreatif Peringkat Kebangsaan 2017.
Terima Kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada Pihak Sekolah khususnya kepada Gurindam Busker SKBT. Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin Gurindam Busker akan memperolehi semua ini.
Kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan baik dari segi buah fikiran maupun apa jua pihak SK Bandar mengucapkan jutaan terima kasih.
Tahniah kepada Gurindam Busker SKBT kerana telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Seni Muzik Kreatif Peringkat Kebangsaan 2017.
Terima Kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada Pihak Sekolah khususnya kepada Gurindam Busker SKBT. Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin Gurindam Busker akan memperolehi semua ini.
Kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan baik dari segi buah fikiran maupun apa jua pihak SK Bandar mengucapkan jutaan terima kasih.
Sabtu, 1 April 2017
Perasmian Kejohananan Padang dan Balapan MSSS NEGERI SABAH 2017 di Kompleks Sukan Tawau
Pelajar Sk Bandar Tawau..
Mengadakan persembahan sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Padang Dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Sabah Kali Ke 49 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 01.04.2017.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Dayang Maznah, Cikgu Josephine, Cikgu Masindah dan Cikgu Zalimi... Penat lelah.. Anda semua diucapkan jutaan terima kasih.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Guru Besar SKBT Hj Chumi Angan yang banyak memberi sokongan dan semangat ...
" zero To Hero "
Mengadakan persembahan sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Padang Dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Sabah Kali Ke 49 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 01.04.2017.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Dayang Maznah, Cikgu Josephine, Cikgu Masindah dan Cikgu Zalimi... Penat lelah.. Anda semua diucapkan jutaan terima kasih.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Guru Besar SKBT Hj Chumi Angan yang banyak memberi sokongan dan semangat ...
" zero To Hero "
KURSUS DALAMAN PAK21
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau telah mengadakan kursus dalaman Pengajaran Abad Ke 21 pada 01.04.2017. Tahniah...
Isnin, 6 Mac 2017
Contoh Borang Keberhasilan Guru
Guru Guru boleh menghantar borang keberhasilan PBPPP 2017 kepada pentadbir sekolah mulai sekarang. Contoh Borang Keberhasilan PBPPP boleh di download dengan klik link di bawah
Rabu, 1 Mac 2017
Jommmmmmmmmmmmm Sama sama menyokong anak anak Sk Bandar Tawau. Sokongan anda amat kami hargai...
Klik pautan atau link yg tertera kemudian klik like Sk Bandar Tawau
https://www.facebook.com/pertandinganmuzikkreatif/
Sabtu, 18 Februari 2017
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia
Sabtu 18.02.2017
Bertempat di dewan Sk Bandar Tawau, Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia untuk murid murid Sk Bandar Tawau telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Muis Picho Ahli Dewan Undangan Negeri N60 Sebatik.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tawau En Darmansah Bin Hj Asakil.
Isnin, 6 Februari 2017
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Isnin 6 Febuari 2017, Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar Hj Chumi Bin Angan.
Turut Hadir adalah wakil dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia Sarjan Hanafiah dan Kopral Faiz.
Perutusan KPM Telah dibacakan oleh Tn Guru Besar manakala perutusan Ketua Polis Negara dibacakan oleh Sarjan Hanafiah.
Turut Hadir adalah wakil dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia Sarjan Hanafiah dan Kopral Faiz.
Perutusan KPM Telah dibacakan oleh Tn Guru Besar manakala perutusan Ketua Polis Negara dibacakan oleh Sarjan Hanafiah.
Ahad, 20 November 2016
Urusan Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah
Pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak. Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, Di sini disenaraikan secara ringkar keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual (diisi oleh sekolah asal)
2. 2 Salinan
surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah / surat cerai
5. 2 Salinan surat
hak penjagaan anak (kes cerai)
6. 2 Salinan Surat
anak angkat (jika anak angkat)
7. 2 Salinan Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)
DOKUMEN
URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR
NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan
Borang Permohonan (Rujuk PPD masing-masing)
2. 2 Salinan
surat beranak
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah
5. 2 Salinan surat
hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Salinan surat anak
angkat (jika anak angkat)
KEMASUKAN
MURID WARGANEGARA TANPA DOKUMEN SIJIL LAHIR
1. Perlu
pengesahan kelahiran.
2. Anak
Wargenegara.
3. Ada bukti
kelahiran di Malaysia.
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
5. Surat perakuan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
5. Membuat
permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri. (rujuk PPD)
URUSAN
PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada
sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
(kerana
tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan
perkapita
khas murid
yang tidak boleh dipindahkan)
Rabu, 16 November 2016
TAPAK PAJSK DAN OFFLINE
Untuk rakan guru, di sini ada tapak PAJSK offline. Rakan rakan boleh downlod di sini
TAPAK PAJSK OFFLINE
Langgan:
Catatan (Atom)




























































