Khamis, 27 Oktober 2016
Aktiviti Pasca UPSR - Pengurusan Jenazah
Dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, murid murid tahun enam di dedahkan tatacara pengurusan Jenazah.
Tahniah kepada semua yang terlibat, penyelaras Tahun Enam, Guru Guru Pendidikan Islam, Fasilotator. Semoga ilmu yang bermanafaat ini menjadi bekalan yang berguna kepada pelajar SKBT
Rabu, 26 Oktober 2016

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Konstruk yang diukur:
- Perkembangan fizikal murid
- Kecergasan
- Senaman
Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
- Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
- Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
- Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
- Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:
1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
- Komposisi badan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
Item Bateri Ujian
- Indeks jisim badan
- Naik turun bangku
- Tekan tubi
- Ringkuk tubi separa
- Jangkauan Melunjur
Ujian Indeks Jisim Badan
Nama Ujian:
Indeks Jisim
Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi
badan
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Pengukur tinggi
- Penimbang berat
- Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
- Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
- Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim
Badan = Berat badan (kg)
Tinggi
(m) x Tinggi (m)
|
- Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Ujian Naik Turun Bangku
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Bangku - Ketinggian 30.5 cm
- Jam Randik
- Borang Skor
- Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Aktiviti dijalankan berpasangan.
- Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
- Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
- Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
- Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
Ujian Tekan Tubi (Lelaki)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/ Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Tekan Tubi (Perempuan)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Ringkuk Tubi Separa
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1.
Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2.
Pita ukur
3.
Rakaman / CD/ Metronome
4.
Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari
pada lantai di kiri dan kanan. Jarak
antara pita adalah 10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian
luar pelekat pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome
dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan
asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari
dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1
Berasa tidak selesa.
10.2
Tidak dapat mengikut
rentak rakaman cd atau metronome.
10.3
Tidak dapat mengekalkan
teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut (4 detik
metronome) setelah ditegur oleh guru.
10.4
Jari tidak menyentuh
bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5 Tumit diangkat
Panduan guru
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
Ujian Jangkauan Melunjur
Nama Ujian:
Jangkauan
Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur
fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan
perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
- Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.
Jumaat, 1 Julai 2016
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016
Assalamualaikum ...
Di sini SKBT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua warga SKBT.
Dalam saat kita bergembira di hari raya, jangan lupa menjaga keselamatan dan kesihatan, terutama kepada pelajar2 SKBT. Elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah...
Kepada Tenaga Pengajar SKBT, semoga selamat pulang n kembali ...
Rabu, 15 Jun 2016
Majlis Sumbangan Aidil Fitri Kepada Anak Anak Yatim 2016
Petronas Malaysia TA 59 Tawau telah bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim yang berada di SK Bandar Tawau.
Semoga sumbangan dari pihak yang terbabit akan membuat sambutan hari raya 2016 lebih bermakna lagi kepada anak anak yatim tersebut.
Hanya Allah saja yang dapat membalas segala budi baik pihak yang terlibat... insyaallah
Selasa, 31 Mei 2016
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat dan Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di padang SMK Majakir Papar Sabah pada 28 Mei hingga 30 Mei 2016. Tujuan kejohanan ini diadakan untuk memilih wakil negeri Sabah ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat dan Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau yang mewakili Bahagian Tenggara telah muncul sebagai Johan dalam kejohanan tersebut dengan membawa pulang Piala Kejohanan, Jersey 2 Set dan Wang Tunai Sebanyak RM500.
Sebelum Kejohanan peringkat negeri berlangsung, telah berlangsung kejohanan tersebut di bahagian masing masing di Negeri Sabah, bagi memilih wakil untuk mewakili bahagian masing masing... yang terdiri daripada enam bahagian.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SK Bandar Tawau, Jurulatih En Zalimi Mat Ali dan Pengurus Pasukan Pn Masindah Bacho.... Tahniahhhhhhhhhhhhhhhh....
Jumaat, 29 April 2016
PIBG ... PERANAN DAN FUNGSI
PIBG yang ditubuhkan di sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang terasing di sekolah. Kalaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu 'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah pendidikan. Mereka terdiri daripada ibu bapa dan guru.
PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu 'Medan' mengadakan 'Forum' untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.
Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).
PIBG tidak boleh campurtangan dalam urusan pengelolaan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana seseorang Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Sekolah telah dipertanggongjawabkan dengan Perintah-Perintah Am (General Order) mengenai arahan pentadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk dilaksanakan.
Justeru kerana itu PIBG mesti mengetahui dan memainkan peranan mengikut bidang tugas yang sewajarnya agar tidak menyeleweng dari fungsi sebenar penubuhan PIBG.
2. PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH:
Pendidikan ia lah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak dari 'janin' hingga ke akhir hayat.
Proses pendidikan secara berterusan ini terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Proses pendidikan yang berteraskan Tauhid bagi membina Insan Rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia, serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan As-Sunnah melalui sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan".
Matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat dan warganegara yang baik. Pada amnya insan yang baik ia lah insan yang memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Ia memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:-
a. Percaya dan patuh kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional.
c. Berakhlak mulia.
d. Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
e. Setia kepada negara dan bertanggongjawab untuk menjaga hubungan yang baik dan mesra antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
Bagi mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut maka perlu ada penglibatan semua pihak dalam proses pendidikan. Sehubungan dengan itu PIBG mempunyai ruang dan tanggongjawab yang boleh dimainkan peranan ke arah melahirkan insan yang baik dengan kerjasama pihak Pengurusan Sekolah.
3. BIDANG TUGAS PIBG:
Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-
a. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
b. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.
c. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran murid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.
d. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.
e. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
f. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.
g. Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.
4. KEKANGAN DAN HALANGAN:
a. Ibu bapa:
i. Kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap pelajaran yang rendah dan terlalu sibuk dengan tugas mencari nafkah.
ii. Ibu bapa meletak tanggongjawab mendidik anak-anak mereka 100% kepada guru.
iii. Ibu bapa kurang memberi keutamaan kepada masalah persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.
iv. Ibu bapa tidak mahu hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru atau berunding dengan guru berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
v. Ibu bapa beranggapan menghadiri upacara rasmi sekolah sebagai perkara membuang masa.
vi. Kebanyakan ibu bapa berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak setaraf dengan guru.
vii. Kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri dan pendapatan di bawah paras kemiskinan serta pendapatan tidak tetap.
b. GURU:
i. Guru tidak berusaha menjalin hubungan dan pergaulan dengan ibu bapa.
ii. Kerapkali salahlaku murid tidak dimaklum kepada ibu bapa terlebih dahulu.
iii. Guru kurang mengadakan kelas bimbingan, kelas pemulihan dan kelas tambahan.
iv. Guru kurang menggunakan ABM dan ABB semasa mengajar.
v. Kurang latihan pengukuhan diberi kepada murid.
vi. ABM dan BBM tidak mencukupi dan tidak releven.
vii. Pengajaran guru kurang terancang.
viii. Guru terpaksa mengajar bilangan murid yang ramai di kelas.
ix. Guru kurang membuat ujian dan penilaian.
x. Perhubungan guru dengan murid kurang mesra.
c. MURID-MURID:
i. Murid-Murid tinggal jauh dari sekolah.
ii. Murid-murid terpaksa berjalan ke sekolah.
iii. Murid-murid tidak ada kemudahan belajar di rumah.
iv. Murid-murid tidak mempunyai perbelanjaan wang saku yang mencukupi ke sekolah.
v. Murid mempunyai masa belajar yang kurang di rumah.
vi. Murid-murid tidak belajar di rumah.
vii. Murid-murid tidak peduli dengan kerja rumah yang diberi oleh guru dan tidak buat kerja rumah.
viii. Murid-murid tidak mempunyai bahan bacaan di rumah.
ix. Murid-murid kurang menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
x. Murid-murid kurang menggunakan kemudahan perpustakaan.
5. PENYELESAIAN MASALAH:
a. IBU BAPA:
i. Pihak pengurusan Sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mengatur rancangan dan
aktiviti untuk menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa tanggongjawab mendidik anak-anak mereka bukan seharusnya diletakkan 100% kepada guru-guru di sekolah.
ii. PIBG perlu mengadakan aktiviti ke arah membantu ibu bapa dan masyarakat memperolehi ilmu dan kemahiran serta membina sikap yang positif dan sesuai. Aktiviti itu hendaklah berkaitan dengan perkembangan menyeluruh dan bersepadu anak-anak mereka dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek.
iii. Di samping itu kesedaran haruslah dipupuk di kalangan ibu bapa bahawa tanggongjawab memberi pendidikan yang sebenarnya (hakiki) bermula di rumah dan dikembangkan di sekolah oleh guru-guru sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kemudian murid itu sendiri mengamalkan dan menghayati segala ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupan sehari-harian.
b. GURU:
Guru -guru hendaklah sedar bahawa tugas utama mereka bukan hanya semata-mata menyampai ilmu kepada murid-murid dibilik darjah sahaja tetapi guru mesti memainkan peranan seperti berikut:-
i. Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus pengajaran dan pembelajaran.
ii. Guru sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran.
iii. Guru sebagai pembentuk akhlak.
vi. Guru sebagai contoh teladan (Rule Model).
v. Guru sebagai agen perubahan Masyarakat.
6. KESIMPULAN:
Dalam melaksanakan tanggongjawab dan amanah memajukan pendidikan adalah diharapkan pihak guru dan AJK PIBG dapat menghayati konsep etika kerja yang selaras dengan nilai-nilai murni Islam.
Di antara etika kerja mengikut nilai-nilai Islam ia lah:-
i. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
ii. Bekerja denga ikhlas dan amanah.
iii. Bekerja dengan tekun dan cekap.
vi. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan musyawarah serta berpandukan fikiran
yang bersih.
v. Bekerja dengan matlamat untuk kebahgiaan manusia sejagat di dunia dan
di akhirat.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Zariat: 56.
Maksudnya "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku".
Di Sekolah Tanggungjawab Guru, Di rumah ...?
Guru di Rumah : Teknik ringkas untuk Mengajar Anak Di Rumah
By Firhan AbqariPendidikan tidak formal bermula daripada rumah ,ibubapa merupakan rujukan awal anak-anak untuk bersedia menghadapi pendidikan secara formal di sekolah. Berikut merupakan teknik ringkas yang boleh membantu ramai ibubapa untuk mengajar anak mereka di rumah.
# SABAR
Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat bengis. Ada di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham sesuatu yang mereka rasa senang.
Ketika mendidik, anda perlu sentiasa menerapkan perasaan sabar. Objektif anda menjadi guru di rumah adalah untuk memastikan anak-anak anda tahu apa yang mereka perlu tahu dan faham apa yang mereka belajar di sekolah atau lebih tepat memantau prestasi pelajaran anak-anak anda.
#PENYESUAIAN DIRI
Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan anak-anak anda. Cara mereka mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain. Anak anda mungkin akan lebih cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan gambar rajah, peta minda atau lain-lain. Anda perlu peka keadaan anak anda.
Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran anak anda. Barulah anda tentukan teknik yang sesuai untuk mendidik anak anda. Sebenarnya, memantau dan mengajar anak belajar di rumah adalah lebih baik dari menghantar mereka ke tuisyen. Ini kerana, kita tidak tahu sama ada anak anda suka atau memperoleh sesuatu jika anda menghantar mereka ke sana.
#MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJAAN ANAK DIRUMAH
Anda perlu mengenal pasti gaya pembelajaran anak anda. Ada 3 jenis pelajar yang ada wujud di dalam dunia ini. Iaitu pelajar visual iaitu pelajar yang boleh belajar melalui pembacaan. Audiotori iaitu pelajar yang lebih banyak mendengar dan suka berbincang (study group). Seterusnya pelajar yang mengabungkan 3 jenis gaya ini ke dalam ciri dan gaya pembelajaran mereka. Iaitu kinestetik, visual dan audiotori. (Pendek kata semua gaya pembelajaran dikuasai)
#POSITIF DARIPADA SEGENAP ASPEK
Positif bermakna bagus. Dalam proses anda mendidik anak anda di rumah, aura positif perlu di terapkan. Tiada peraturan yang menyatakan kita perlu memarahi manusia yang bodoh atau kurang pandai dalam pelajaran. Anda perlu tenang dan sentiasa terapkan aura positif di dalam aktiviti pembelajaran.
Contohnya, jika anak anda berjaya menyelesaikan satu masalah atau memahami sesuatu yang agak sukar atau berjaya ke peringkat seterusnya, anda puji atas kejayaan mereka. Jadi, mereka akan sentiasa bersemangat kerana mereka rasa usaha mereka di hargai.
Bagi anak yang lambat faham atau melakukan kesalahan. Jangan hukum mereka, tetapi beri galakan kepada mereka dengan cerita motivasi atau tenangkan fikiran mereka. Jangan beri tekanan, biar masa yang mematangkan mereka.
Untuk anak yang degil dan malas, anda perlu hukum mereka dengan lembut. Bagi mereka yang degil, jika kita melayan mereka dengan terlalu lembut, mereka akan pijak kepala. Jika kita layan mereka dengan terlalu keras, mereka akan mula memberontak. Jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan mereka adalah tidak mengendahkan mereka.
Jangan berleter atau memarahi mereka tetapi cakap dengan lembut pada mereka bahawa anda tidak suka kalau anak anda degil. Selepas itu, jangan endahkan mereka. Anak tersebut pasti akan mula sedar dan akan mendengar cakap anda. Pujuk mereka yang anda mahu mereka jadi pandai demi masa hadapan. Jangan gelojoh, biar masa yang tentukan segalanya.
Anak adalah segalanya. Kadangkala, anak anda tidak perlu menjadi terlalu pandai tetapi cukuplah mereka tahu bagaimana hendak berdikari nanti. Beri peluang pada otak anak anda untuk berkembang dengan sendirinya. Biarkan masa menentukan semuanya. Sama ada anak anda menjadi doktor, kerani, guru atau apa sahaja, biarlah mereka dengan takdir mereka. Asalkan mereka mampu berdikari dengan sendiri, anda sudah berjaya menjadi ibu bapa kepada mereka.
Kredit : teamrobotrph
Isnin, 4 April 2016
Latihan Bolasepak SKBT
Pasukan Bolasepak SKBT telahmengadakan latihan bagi menghadapi Pertandingan Bolasepak MSSDT Peringkat Zon Bandar Utara yang akan diadakan pertengahan April 2016. Disamping itu juga, latihan ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat murid SKBT yang terdiri dari pelajat tahun 3, 4 dan 5.
Sabtu, 26 Mac 2016
Semi Latihan Bolasepak SKBT
Seawal jam 7.00 pagi, pasukan bolasepak SKBT mengadakan latihan bolasepak bawah 12 tahun bagi Kejohanan Bolasepak U12 MSS Zon Bandar Tawau.
Langgan:
Catatan (Atom)



































































