SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur
ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah
diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti
iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan
"Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Konstruk yang diukur:
- Perkembangan fizikal murid
- Kecergasan
- Senaman
Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
- Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
- Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
- Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
- Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan
borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac
untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam
Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal
pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:
1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.
2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Komponen Kecergasan
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
- Komposisi badan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
Item Bateri Ujian
- Indeks jisim badan
- Naik turun bangku
- Tekan tubi
- Ringkuk tubi separa
- Jangkauan Melunjur
Ujian Indeks Jisim Badan
Nama Ujian:
Indeks Jisim
Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi
badan
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Pengukur tinggi
- Penimbang berat
- Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
- Murid dikehendaki menimbang
berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.
- Kira indeks jisim badan
berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim
Badan = Berat badan (kg)
Tinggi
(m) x Tinggi (m)
|
- Rujuk jadual di bawah untuk
mengenal pasti komposisi berat badan.
* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Ujian Naik Turun Bangku
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Bangku -
Ketinggian 30.5 cm
- Jam Randik
- Borang Skor
- Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Aktiviti dijalankan berpasangan.
- Letakan bangku di atas lantai yang rata dan
selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
- Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan
yang sesuai.
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di
atas bangku.
- Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri
naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik
dan seterusnya ).
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
- Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
Ujian Tekan Tubi (Lelaki)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/ Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara
berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan
murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome
rentak 40 detik seminit.
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong
hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari
kaki. Badan diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti
kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan
satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga
murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan
sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak
rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan
tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome)
mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Ujian Tekan Tubi (Perempuan)
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
- Kawasan lapang dan rata.
- Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
- Rakaman/Metronome
Pengurusan dan organisasi:
- Ujian dilaksanakan secara
berpasangan.
- Murid A melakukan ujian dan
murid B sebagai pencatat.
- Sediakan rakaman atau metronome
rentak 40 detik seminit
Prosedur:
- Mula dengan kedudukan sokong
hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang
bengkok. Kaki bersilang. Badan
diluruskan.
- Lakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.
- Turunkan badan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan tangan seperti
kedudukan sedia.
- Setiap dua detik adalah kiraan
satu lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga
murid tidak berupaya meneruskannya.
- Ujian akan ditamatkan
sekiranya, murid ;
- Tidak dapat mengikut rentak
rakaman atau metronome.
- Tidak dapat mengekalkan tekan
tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak
setelah ditegur oleh guru.
Ujian Ringkuk Tubi Separa
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1.
Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2.
Pita ukur
3.
Rakaman / CD/ Metronome
4.
Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari
pada lantai di kiri dan kanan. Jarak
antara pita adalah 10 cm.
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian
luar pelekat pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome
dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu
diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan
asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari
dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1
Berasa tidak selesa.
10.2
Tidak dapat mengikut
rentak rakaman cd atau metronome.
10.3
Tidak dapat mengekalkan
teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut (4 detik
metronome) setelah ditegur oleh guru.
10.4
Jari tidak menyentuh
bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5 Tumit diangkat
Panduan guru
Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
Ujian Jangkauan Melunjur
Nama Ujian:
Jangkauan
Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur
fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4
hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan
perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
- Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
- Tapak
tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
- Murid
diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.