Ahad, 14 Mei 2017
Panduan Pengisian Borang Keberhasilan
Assalamualaikum dan salam muafakat SKBT
Untuk panduan guru guru yang masih tertanya tanya bagaimana cara untuk mengisi borang keberhasilan guru. Guru guru boleh download panduan mengisi borang KEBERHASILAN menerusi link berikut:-
CONTOH_KEBERHASILAN_GURU_AKADEMIK_2017.xlsx
Panduan Pengisian Keberhasilan :-
PANDUANPENGISIAN KEBERHASILAN
Sabtu, 29 April 2017
Pertandingan Seni Muzik Kreatif Peringkat Kebangsaan 2017
Assalamualaikum dan Salam Muafakat SKBT...
Tahniah kepada Gurindam Busker SKBT kerana telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Seni Muzik Kreatif Peringkat Kebangsaan 2017.
Terima Kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada Pihak Sekolah khususnya kepada Gurindam Busker SKBT. Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin Gurindam Busker akan memperolehi semua ini.
Kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan baik dari segi buah fikiran maupun apa jua pihak SK Bandar mengucapkan jutaan terima kasih.

Sabtu, 1 April 2017
Perasmian Kejohananan Padang dan Balapan MSSS NEGERI SABAH 2017 di Kompleks Sukan Tawau
Pelajar Sk Bandar Tawau..
Mengadakan persembahan sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Padang Dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Sabah Kali Ke 49 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 01.04.2017.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Dayang Maznah, Cikgu Josephine, Cikgu Masindah dan Cikgu Zalimi... Penat lelah.. Anda semua diucapkan jutaan terima kasih.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Guru Besar SKBT Hj Chumi Angan yang banyak memberi sokongan dan semangat ...
" zero To Hero "

KURSUS DALAMAN PAK21
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau telah mengadakan kursus dalaman Pengajaran Abad Ke 21 pada 01.04.2017. Tahniah...
Isnin, 6 Mac 2017
Contoh Borang Keberhasilan Guru
Guru Guru boleh menghantar borang keberhasilan PBPPP 2017 kepada pentadbir sekolah mulai sekarang. Contoh Borang Keberhasilan PBPPP boleh di download dengan klik link di bawah
Rabu, 1 Mac 2017
Jommmmmmmmmmmmm Sama sama menyokong anak anak Sk Bandar Tawau. Sokongan anda amat kami hargai...
Klik pautan atau link yg tertera kemudian klik like Sk Bandar Tawau
https://www.facebook.com/pertandinganmuzikkreatif/
Sabtu, 18 Februari 2017
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia
Sabtu 18.02.2017
Bertempat di dewan Sk Bandar Tawau, Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia untuk murid murid Sk Bandar Tawau telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Muis Picho Ahli Dewan Undangan Negeri N60 Sebatik.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tawau En Darmansah Bin Hj Asakil.
Isnin, 6 Februari 2017
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Isnin 6 Febuari 2017, Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar Hj Chumi Bin Angan.
Turut Hadir adalah wakil dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia Sarjan Hanafiah dan Kopral Faiz.
Perutusan KPM Telah dibacakan oleh Tn Guru Besar manakala perutusan Ketua Polis Negara dibacakan oleh Sarjan Hanafiah.

Ahad, 20 November 2016
Urusan Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah
Pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak. Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, Di sini disenaraikan secara ringkar keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual (diisi oleh sekolah asal)
2. 2 Salinan
surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah / surat cerai
5. 2 Salinan surat
hak penjagaan anak (kes cerai)
6. 2 Salinan Surat
anak angkat (jika anak angkat)
7. 2 Salinan Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)
DOKUMEN
URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR
NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan
Borang Permohonan (Rujuk PPD masing-masing)
2. 2 Salinan
surat beranak
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah
5. 2 Salinan surat
hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Salinan surat anak
angkat (jika anak angkat)
KEMASUKAN
MURID WARGANEGARA TANPA DOKUMEN SIJIL LAHIR
1. Perlu
pengesahan kelahiran.
2. Anak
Wargenegara.
3. Ada bukti
kelahiran di Malaysia.
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
5. Surat perakuan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
5. Membuat
permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri. (rujuk PPD)
URUSAN
PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada
sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
(kerana
tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan
perkapita
khas murid
yang tidak boleh dipindahkan)
Rabu, 16 November 2016
TAPAK PAJSK DAN OFFLINE
Untuk rakan guru, di sini ada tapak PAJSK offline. Rakan rakan boleh downlod di sini
TAPAK PAJSK OFFLINE
Khamis, 27 Oktober 2016
Aktiviti Pasca UPSR - Pengurusan Jenazah
Dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, murid murid tahun enam di dedahkan tatacara pengurusan Jenazah.
Tahniah kepada semua yang terlibat, penyelaras Tahun Enam, Guru Guru Pendidikan Islam, Fasilotator. Semoga ilmu yang bermanafaat ini menjadi bekalan yang berguna kepada pelajar SKBT
Langgan:
Catatan (Atom)