Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Turut serta dalam majlis tersebut wakil dari pejabat Pendidikan Daerah Tawau, En Abd. Majis.
Terima kasih kepada semua guru dan juga individu yang telah sama sama menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa n bakti anda, hanya Allah saja yang dapat membalasnya... Insyaallah
Bola sepak adalah salah satu sukan yang menjadi ikutan setiap rakyat Malaysia. SKBT juga tidak ketinggalan di dalam memajukan sukan ini. Kelab Bola sepak SKBT telah mengadakan Kem Bola Sepak SKBT bagi mencungkil bakat bakat cilik di kalangan murid SKBT.
Sk Bandar Tawau yang diwakili Pasukan Pancaragam Sekolah buat pertama kalinya menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Tahniah kepada guru guru yang terlibat.. Mundu, Nakadnas, Nunukan, Goku, Triumpio, Wasit, Main KoBird serta Guru Besar Pn Mariamah Kuntum. Terima Kasih kepada YB Datuk Hj Tawfiq, yang telah menyumbangkan peralatan untuk Pasukan Pancaragam Sekolah
Kumpulan Pancaragam SK Bandar Tawau ditubuhkan pada awal Ogos 2015, tahniah kepada En Sabrin Yacho ... dan juga kepada pihak yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan kumpulan Pancaragam ini... Anda memang terbaikkkk ...