Ahad, 28 Julai 2013

Dasar 1Murid 1Sukan

MATLAMAT.

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi

“Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi”

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia


STRATEGI PELAKSANAAN

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut
bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPI
Bilangan 1/1989).Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategi -strategi berikut:

i) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu.

ii) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan.

iii) Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar     
    sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.

iv) Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan
     oleh murid.

v) Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah
.
vi) Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
     Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM).

vii) Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah.

viii) Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah
      program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah  yang sesuai dan selamat.

ix) Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian
     berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.

x) Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan
    sekolah.

xi) Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang dijalankan.

xii) Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan sekolah.

Tiada ulasan: